Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tinggal 2009 ... selamat datang 2010 ... banyak kenangan manis yang kutinggalkan untuk tahun 2009 ini ... tahun 2009 memberikan sesuatu yang bermakna dan membawa perubahan besar dalam diari kehidupanku ... iaitu bergelar pelajar 'kpli'.

Hampir 8 tahun dalam sektor swasta ... sebelum bekerja di Kementerian Kewangan, merasa dipanggil 'puan', merasa bahang kehangatan menyiapkan Bajet 2009 /RMKe9, terbang secara percuma dan lain-lain lagi ... kemudian diterima belajar di IPGMKBM dan kini ... 2010 ini, aku akan terlibat secara terus dalam bidang pendidikan dan seterusnya dipanggil 'cikgu' ...

Insyaallah ... bermulanya sesi persekolahan ini, aku akan mula berkhidmat di SK Bukit Jelutong. Pastinya azamku tahun ini ... untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak didikku ... ingin menjadi guru yang baik dan terbaik. Kupohon pada Ilahi ... semoga aku diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran, kecekalan dan semangat juang yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran, kecil ataupun besar ...

Buat rakan-rakan, tahniah dan semangat bertugas. Semoga kita dapat memberikan yang terbaik kepada sekolah dan negara amnya. Terlalu banyak tohmahan dan kritikan yang ditujukan pada lepasan KPLI, marilah bersama-samalah kita buktikan bahawa kita tidak seburuk yang dicanang. Sekiranya memang ada kelemahan pada kita, berilah peluang pada kita membetulkan sejajar dengan peredaran masa yang berlalu.

Selamat berjuang semua!!!!!!!!

No comments: