Showing posts with label kpli. Show all posts
Showing posts with label kpli. Show all posts

Sunday, January 24, 2010

Salam Takziah

Hari ni aku menerima satu perkhabaran yang menyedihkan. Salah seorang rakan semaktab kpli, Faridah Majid baharu sahaja kehilangan suami tercinta akibat denggi berdarah pada hari Rabu tanggal 20hb. baru-baru ini. Berat kita yang mendengarnya, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Ida tabah dan dikuatkan semangat menerima dugaan ini.

Aku dimaklumkan suaminya hanya demam biasa2 sahaja selama 4 hari, dan masih pergi bekerja seperti biasa. Cuma pada hari Selasa, semasa di tempat kerja, arwah balik ke rumah kerana pening yang teramat. Malamnya pergi ke Hospital Serdang dan hasil pemeriksaan, keadaan denggi berdarahnya sudah di tahap yang membimbangkan. Esok pagi, dimasukkan ke ICU dan dalam 10 pagi, arwah tidak sedarkan diri kerana jantung sudah tidak berfungsi sehinggalah meninggal dunia. Begitu mudah perginya dan mengejutkan semua orang.

Buat FM, tak ada kata-kata yang mampu akak ucapkan, semoga Ida tabah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Takziah juga buat Aman Shah yang baru menerima kematian ayahanda tercinta pada 22hb. dan kini berada di Sabah bersama-sama keluarganya.

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara ... setiap yang hidup akan mati ... datangnya tidak diduga ... cuma tambahkan ilmu dan amal, semoga kita semua di bawah lindungan restu dan payung rahmat-Nya.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tinggal 2009 ... selamat datang 2010 ... banyak kenangan manis yang kutinggalkan untuk tahun 2009 ini ... tahun 2009 memberikan sesuatu yang bermakna dan membawa perubahan besar dalam diari kehidupanku ... iaitu bergelar pelajar 'kpli'.

Hampir 8 tahun dalam sektor swasta ... sebelum bekerja di Kementerian Kewangan, merasa dipanggil 'puan', merasa bahang kehangatan menyiapkan Bajet 2009 /RMKe9, terbang secara percuma dan lain-lain lagi ... kemudian diterima belajar di IPGMKBM dan kini ... 2010 ini, aku akan terlibat secara terus dalam bidang pendidikan dan seterusnya dipanggil 'cikgu' ...

Insyaallah ... bermulanya sesi persekolahan ini, aku akan mula berkhidmat di SK Bukit Jelutong. Pastinya azamku tahun ini ... untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak didikku ... ingin menjadi guru yang baik dan terbaik. Kupohon pada Ilahi ... semoga aku diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran, kecekalan dan semangat juang yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran, kecil ataupun besar ...

Buat rakan-rakan, tahniah dan semangat bertugas. Semoga kita dapat memberikan yang terbaik kepada sekolah dan negara amnya. Terlalu banyak tohmahan dan kritikan yang ditujukan pada lepasan KPLI, marilah bersama-samalah kita buktikan bahawa kita tidak seburuk yang dicanang. Sekiranya memang ada kelemahan pada kita, berilah peluang pada kita membetulkan sejajar dengan peredaran masa yang berlalu.

Selamat berjuang semua!!!!!!!!

Tuesday, December 29, 2009

Perihal Posting Lagi!

Semalam aku terima sms drpd sorang member sekelas ... Efa memaklumkan bahawa dia dapat penempatan di SK Taman Tun 1. Tahniah untuk Efa sebab sekolah tu berhampiran dengan rumahnya.

Ada member call bagitau sapa yang dapat Kuala Lumpur, pegi jabatan pendidikan, kita boleh pilih sendiri sekolah mana yang kosong. Sesuatu benda tu akan mudah jika dipermudahkan dan menyenangkan kedua-dua pihak. Entahlah ... aku berharap sangat semoga aku dapat sekitar Shah Alam juga.

Berita terkini yang diterima, penempatan posting boleh diketahui pada 30hb, iaitu esok. Dari sehari ke sehari ... aku serahkan semuanya pada Ilahi ... semoga penantian ini menjadi takdir yang trbaik untukku.

Petang ni, MIL akan datang Shah Alam dan tidur di rumahku. Adik ipar baru menerima cahaya mata yang pertama di Marang, Terengganu. Jadi ayah dan mak akan ke sana melihat cucu yang ke 10. Tiket bas pukul 9.30 pagi esok. Cadangan asal nak naik bas malam, tapi lepas kes accident bas di Ipoh tempohari, rasa bimbang nak naik bas waktu malam. Sepanjang minggu ni abang ke sekolah, jadi menjadi tugasku untuk menghantar MIL ke stesen bas Seksyen 17. Sebenarnya dah lama sangat aku tak memandu sendiri sejak habis belajar KPLI.

Bercerita pasal kemalangan bas tempohari, salah seorang mangsa kemalangan maut itu merupakan adik ipar kepada sepupuku. Berasal dari Sg Besar dan baru menamatkan matrikulasi sebelum menyambung ijazah. Merupakan anak bongsu daripada 2 beradik. Sedih sangat bila dengar ibu arwah yang pengsan berkali2 kerana terkejut. Apapun, ajal dan maut sudah ditentukan. hanya Al-Fatihah untuk arwah dan mangsa yang lain2.

Monday, December 7, 2009

Posting?

Aku pasti tentunya semua rakan KPLI Ambilan Jan. 09 ternanti2 penempatan untuk dipostingkan. Kalau mengikut surat pelantikan jawatan tempohari, sepatutnya kita semua sudah melapor diri di sekolah pada 1 Disember 2009.

Banyak info dan sms yg kuterima dari rakan2 ... ada yg call KPM dan dapat maklumat 15hb atau 20hb Disember. Dalam hal ini, aku hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan dan dilapangkan dadaku dalam urusan posting ni.

Ikmal juga sudah kembali ke Shah Alam. Lapang rasa dada bila melihat anak ada di depan mata. Cuma tempat bersekolah belum dapat dipastikan, ikut mama atau papanya.

Aktiviti sepanjang minggu juga sudah tersusun. Cadangnya dalam waktu2 gawat ni nak bawa Ikmal bercuti di tempat2 yg dekat sahaja ... tapi Jumaat ni ada urusan di Kedah, mungkin kami akan menyinggah di mana-mana destinasi.

Wednesday, November 25, 2009

Saat Terakhir di IPGMKBM

Ujian Akhir KISSM sudah selamat ku jalani ... alhamdulillah ... rasanya aku dah jawab sebaik mungkin dan tak de apa yang perlu kubimbangkan. Insyaallah.

Habisnya UAK, bermakna berakhirlah sudah perjuanganku selama setahun di gedung ilmu ini. Berat rasa hati nak berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan d kelas 2A ... namun itulah hakikat yang perlu dihadapi ... kini kami hanya dalam penantian untuk mengetahui tempat untuk berposting.

Habis exam ... ada majlis perjumpaan dengan Pn Yati di Dewan Amir Hamzah ... pratonton rakaman Kembara Budaya tempohari ... sebak dan pilu mendengar amanat2 terakhir dari Pn Yati ... betapa kami amat terasa dihargai dengan ketulusan hatinya ...

Insyaallah ... ada kesempatan aku akan uploadkan gambar2 yang banyak tertangguh ... gambar jamuan raya, Kembara Budaya di Melaka dan macam2 lagi.

Salam Aidil Adha buat semua.

Saturday, November 21, 2009

Tugasan KISSM

Aku dan hubby ambik keputusan tak balik kampung minggu ni ... banyak tugasan yang menanti ... lagipun hanya tiga hari lagi sebelum aku menamatkan kursus KISSM yang menjadi fasa terakhir KPLI. Rasa gembira, takut, risau dan teruja ... gembira dapat tamatkan pengajian, takut dan risau mengenangkan tempat posting dan teruja untuk berbakti pada anak-anak bangsa.

Alhamdulillah, sehari suntuk menghadap komputer, akhirnya semua tugasan kini melalui proses terakhir iaitu pengeditan dan penerbitan. 2 tugasan individu dan 2 tugasan kumpulan, hanya memerlukan sentuhan terakhir untuk diselesaikan. Selepas ini, aku perlu memberikan penumpuan untuk ujian akhir KISSM pada 25 Nov. ni. Moga aku dapat melaluinya dengan baik dan cemerlang.

Wednesday, November 18, 2009

Tawaran Surat Pelantikan GST

Semalam kami menerima kunjungan pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM untuk memberi taklimat berkenaan pelantikan sebagai Guru Sandaran Terlatih yang bertarikh 1 Disember 2009. Ini bermakna kami harus melapor diri di sekolah pada awal Disember ini ... cuma persoalannya di mana kami akan ditempatkan belum diketahui lagi kerana penempatan adalah bidang tugas Bahagian Sekolah Harian.

Sebelum disahkan jawatan, gred kami adalah DC41 dan menerima elaun bulanan sebanyak RM1901.80. Elaun2 lain hanya akan dilunaskan bila kami menerima surat pengesahan jawatan bergred DG41 setelah lulus interview SPP dan juga lulus Kursus Induksi yang sedang kami lalui sekarang. Walau bagaimanapun, surat pelantikanku terpaksa dikembalikan kepada pihak BPSM,KPM kerana ada kesilapan pada ejaan nama ...

Apapun ... debaran yang paling besar sekarang ialah untuk mengetahui tempat utk dipostingkan ... semoga dipermudahkan olehNya ...

Tuesday, November 17, 2009

Kursus Induksi SSM

Bermula 6 Nov hingga 25 Nov 2009 ... kini sudah memasuki hari yang ke-8 aku menduduki Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia(KISSM). Naik kematu punggung duduk di kerusi kayu di Dewan Rahim Kajai dari pagi sampai ke petang ... namun banyak ilmu yang kuperolehi ... sebagai persediaan untuk menjadi penjawat awam ... juga bekalan untuk penilaian pada hari terakhir nanti.

Lulus periksa KISSM ini amat penting untuk seorang penjawat awam sebelum disahkan jawatan ... Risau dan seriau ... terutama bila aku lihat contoh2 soalan ... objektif dan esei ... semuanya perlukan fakta2 yg tepat dan meyakinkan ... bukannya boleh goreng2 ...

Kami juga menerima tugasan ... 2 tugasan individu dan 2 tugasan utk kumpulan ... untuk individu, baru siap satu tugasan, yg lain2 bahan dah ada tinggal edit dan buat penambahbaikan. Harap aku dapat siapkan semuanya minggu ini juga. Sebab lepas ni aku nak mulakan study utk exam hari terakhir nanti.

Monday, November 16, 2009

Result Exam

Hari ini aku terima satu berita yang menggembirakan ... result exam Ilmu Pendidikan ... alhamdulillah ... aku termasuk dlm 4 rakan sekelas yg dapat A ... thanks pada pensyarah Puan Sabariah yang sudi melayan karenah student bertanyakan result melalui sms ... cuma bagi no angka giliran sahaja ...

Sebenarnya aku rasa frust sangat masa exam ... ingatan dah tak sekuat dulu ... baca macam2 sampai naik tepu dan tak ingat sangat ... semuanya samar2 ... maklumlah baca last minute ... dan semuanya rasa nak dikejar ... so bila dapat tau result, aku rasa bersyukur sangat2 ... rakan2 yg lain pun ramai yg ok dan ada juga kurang ok ... tapi yg pastinya semua lulus ...

Selain IP, aku juga berdebar dengan paper major BM ... Puan Yati ada bagitau kesedihannya bila ramai yang terkeluar daripada konsep ... terutamanya untuk soalan wajib bagi pengacaraan majlis ... soalan minta majlis perasmian penutupan, tapi kebanyakannya membuat teks pengacaraan bagi majlis perasmian ... termasuklah aku ... 20 markah beb! rasa nak nangis jer ... tu belum lagi jawapan2 merapu yg bagi soalan2 yg lain tu ... aku tak fikir nak dapat bagus ... minta lulus jer ... entahlah ... malas nak fikir lagi ...

Thursday, October 29, 2009

Berlalunya interview spp

Alhamdulillah ... hari ini aku dah berjaya mengharungi interview spp dgn jayanya ... ehm ... berjaya ker ... entahlah ... yg pastinya aku dah cuba sebaik mungkin ... dan rasanya tak mengecewakan.

Plan nak gi sendiri ke Putrajaya ... tapi biasalah hbby selaku pendorong setiaku ... pastinya tak mahu ketinggalan bagi sokongan ... sanggup jadi driver dan penemanku ... thanks hubby ... dlm kul 9.30 pagi aku dah selesai hadapi interview ... sembang2 dengan member ... kemudian hubby ajak makan kat cafe Pinjaman Perumahan.

Asalnyanya dah janji dgn budak2 Bajet nak jumpa ... tapi sbb hubby yg hantar ... terpaksa cancel niat nak jumpa bdk2 tu ...

Esok ... kelas 2A ada projek Kembara Budaya di Melaka Bandaraya Bersejarah ... dalam keterujaan nak pergi tu terselit gak rasa bimbang ... maklumlah ketika rakan2 KPLI yang lain berhempas pulas study utk final exam ... tapi kelas kami masih sempat anjurkan lawatan ... he..he.. semoga 'Menitip Sejarah Aspirasi Budaya' berjalan sebagaimana yg dirancang.

Friday, October 2, 2009

Kembali Bergelar Pelajar

Dah seminggu berlalu ... kini aku kembali menempuh traffic jam untuk ke maktab ... maklumlah sepanjang 12 minggu menjalani praktikum ... perjalanan tak sampai 5 minit utk ke sekolah ... tapi sejak bergelar pelajar ni ... terpaksalah keluar awal pagi utk ke maktab.

Bagaimanapun, jadual pengajian utk semester 2 ni hanya separuh hari sahaja ... subjek major dan minor, dan juga Ilmu Pendidikan ... dan hanya tinggal sebulan sebelum exam akhir ... yg dijadualkan bermula 3 November nanti.

Sementara untuk temuduga spp (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran), aku dan rakan2 sekelas 1A (skrg dah jadi 2A) adalah pada 29 Oktober 2009 ... sama ada sesi 7.30 pagi atau 10 pagi. Aku dapat sesi 7.30 pagi ... sebelum ni aku ada masalah sikit kerana nama tiada utk senarai temuduga sedangkan semua rakan ada ... bila cek dengan HEP ... rupanya no IC pada HEP salah ... nasib baik benda ni cepat disedari dan aku pun dah menghubungi pegawai di spp utk membetulkan no IC.

Malasnya nak study utk exam dan juga temuduga spp tu ... sesapa yg ada tips utk temuduga, bolehlah berkongsi yer!