Saturday, November 15, 2008

Sudah Takdirnya!

Ibu dan ayah mertua sudah berada di rumahku sejak semalam. Kami akan ke Kelana Jaya untuk menghantar pakcik dan makcik yang akan melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada jam 11 pagi.

Suasana di sana tidak terlalu sesak seperti tahun2 sebelumnya kerana sudah ada penerbangan khas utk jemaah haji dari Pantai Timur ataupun Utara, tidak perlu tertumpu di Kelana Jaya sahaja.

Semasa di sana aku menerima satu khabar sedih ... seorang rakan dikhabarkan sudah pulang ke hadrat Ilahi pagi tadi. Meninggal di hospital, tapi aku kurang pasti sakit yang sebenarnya. Seorang rakan yang pernah akrab, berkongsi saat suka dan duka sewaktu mula2 menceburkan diri dengan alam pekerjaan ... hampir 8 tahun bekerja di bawah satu bumbung ...

Namun hubungan kami renggang akibat satu peristiwa yg amat berkesan di hatiku hingga melibatkan campur tangan orang ketiga ... sehingga aku berhenti kerja di tempat lama, hubungan kami sukar utk dipulihkan, namun tiada dendam di hati ... apatah lagi bila mendengar nasib yg menimpanya ... Sashitaran ... ucapan takziah untuk ahli keluarga dan tunangnya ...

No comments: