Saturday, November 22, 2008

Laporan dari Kangar, Perlis

Jumaat, 21 Nov., seawal jam 4.30 pagi, aku dan hbby dah bangun utk bersiap2. Bertolak dari rumah ke KLIA jam 5.30 pagi dan sampai KLIA sekitar jam 6.15 pagi. Check-in dahulu sebelum cari surau utk solat Subuh. Check-in pun dah mudah sekarang, hanya daftar dan print tiket di machine.



Lebih kurang 6.50 pagi, bertemu dengan wakil MECD depan balai pelepasan... sementara menunggu wakil UPE. Tunggu punya tunggu, hampir 7.20 tapi wakil UPE tak nampak muka ... sudahnya kami terus masuk balai berlepas ... berlari kami dibuatnya bila nama kami berdua diumumkan oleh pembesar suara ... ha..ha... nasib baik tak tertinggal k/terbang ... semput kami dibuatnya ... rupanya wakil UPE, Waheeda dah ada kat dalam ... sabar je ...




Sampai Alor Star sekitar 8.40 pagi, tapi van PKENPs hanya sampai dalam 9.15 pagi. Sarapan pagi di Changlon, masa tu perut dah rancak berbunyi. Dalam perjalanan ke Kangar, singgah ke 2 tapak projek, projek Bandar Baru Pauh dan kompleks perdagangan/perniagaan di bandar Kangar.




Aku dah la pakai baju kurung ... kena lak meredah tapak projek yg lecak akibat hujan ... patut la wakil EPU pakai seluar jer ... kat sana Pengurus Besar PKENPs, Peg. Kewangan Neg. Perlis dan 2/3 pegawai dah menanti ... seterusnya kami ke Hotel Putra Place utk sesi taklimat dan mesyuarat.

Selesai mesyuarat dalam 12.30 tghari, menikmati hidangan makan tengahari di cafe hotel 'Bendang Coffee House' lebih kurang cam tu namanya ... sementara menunggu kaum Adam solat Jumaat, kami diberikan bilik utk berehat. Aku kongsi bilik dengan Waheeda, manakala Puan Asmidar dengan Nirwani.



Lebih kurang 2.20 ptg, kami meneruskan lawatan kerja ... ada 12 tapak projek tapi yang kami pergi dalam 8 projek sahaja ... kesuntukan masa ... rasanya hampir satu Perlis kami jelajahi sehingga ke petang.
Dalam 5 petang, sampai ke tapak projek perniagaan dan rumah kedai di Padang Besar ... dan bila sampai Padang Besar ... aktiviti wajib tentulah menjamu mata kat sana ... rambang mata macam2 teringin nak beli ... tapi memikirkan balik naik flight ... kena la tahan keinginan ... cuma beli sikit jajan utk budak2 ofis ... Utk hbby, dapat la baju sehelai ... baju ala2 F1 tu ...
6 petang, bertolak balik ke hotel ... berehat, mandi, solat maghrib dan terus bertolak ke airport. Selepas check-in, menjamu selera kat cafe di airport ... naik flight dan sampai KLIA 10.30 malam. Letihnya badan, nasib baik hbby dah tunggu dan sampai rumah dah dekat 12 tghmalam.


En Yazman dan Waheeda, wakil MECD dan UPE. Di ruang menunggu balai pelepasan ... excited nak balik rumah.

Berakhirnya hari yang sungguh meletihkan ... tak sabar nak memejamkan mata.

No comments: