Wednesday, November 19, 2008

Kemalasan Melampau ...

Memulakan hari ni dengan kemalasan yg membuak2 ... ikutkan hati berat nak bangun gi keje ... tapi apakan daya ... terpaksa kugagahkan juga demi mencari sesuap rezeki ... he..he... ayat apa lak ni.

Dah la masuk keje mood zero ... dapat lak memo kena gi meeting kat MECD petang ni ... pasal dokumen perjanjian ILKS Bumiputera ... awat lak aku yg kena gi ... mana BROku ini ... nak tak nak masuk mengadap timbalan pgrh ... dia suruh cari fail dan study pasal kes ni ...

Puas aku dan kerani menggeledah ... malangnya fail yg dicari tak ditemui. Nak tak nak terpaksa call BRO tanya fail ... BRO cuti, tapi tak de sorang pun tahu dia cuti ... timbalan pun tak tahu (camana tuuuuu...) dan fail ada dalam bilik.

Puas membelek2 fail, tapi tak faham gak. Dengan muka tebal masuk balik mengadap timbalan pengarah ... dan akhirnya ..... rela dalam paksa timbalan pgrh suruh letak fail kat atas mejanya ... dia yg akan mewakili bhgn bajet utk menghadiri meeting tu ...

Lega selega-leganya ... baru lapang dadaku ... sebabnya aku tengok senarai kehadiran ahli mesyuarat kebanyakannya ada gelaran kat pangkal nama ... camanalah aku seekor semut nak digandingkan dengan segerombolan gajah ... he..he.. seriau ...

Disebabkan hati dah lapang ... bolehlah ikut TM merayau2 cari makan ... kebetulan TM nak isi minyak kereta ... kami makan di Persint 9 ... apa nama kedai tu yer ... kat resit tulis Seri Teja ... depan Klinik Kesihatan Putrajaya ...

No comments: