Nostalgia dunia kecilku ... semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok tersemat impian
Friday, November 28, 2008
Keje & Keje
Hamba yg sorang ni la terkejar2 ... dah la banyak benda yg tak faham lagi ... kejap2 kena masuk mengadap Timbalan ... haru sungguh dibuatnya. Kerani pun kejap ada kejap tak de ... MC, cuti, sibuk dengan game utk sukan MOF ... dll ... apa2 pun aku banyak berterima kasih padanya yg banyak membantu sebelum ni.
Plan nak minta half day dengan bos ... nak lawat kakak ipar yg baru buat operation ketumbuhan dalam rahim kat Pantai Medical Center, Klang. Malam tadi nak pergi hujan lebat la pulak ... tempat pun tak tau sangat nak tuju ... Insyaallah, Sabtu lak nak balik kampung ...
Wednesday, November 26, 2008
Tension!
Rasa macam nak berhenti keje jer ... tapi apakah jiwaku selemah ini?????? Aku kan cuba bertahan selagi termampu ... berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini.
Tuesday, November 25, 2008
Happy Birthday Ikmal Hakim!

Sunday, November 23, 2008
Cari Keperluan Sekolah!
Saturday, November 22, 2008
Laporan dari Kangar, Perlis
Lebih kurang 6.50 pagi, bertemu dengan wakil MECD depan balai pelepasan... sementara menunggu wakil UPE. Tunggu punya tunggu, hampir 7.20 tapi wakil UPE tak nampak muka ... sudahnya kami terus masuk balai berlepas ... berlari kami dibuatnya bila nama kami berdua diumumkan oleh pembesar suara ... ha..ha... nasib baik tak tertinggal k/terbang ... semput kami dibuatnya ... rupanya wakil UPE, Waheeda dah ada kat dalam ... sabar je ...
Sampai Alor Star sekitar 8.40 pagi, tapi van PKENPs hanya sampai dalam 9.15 pagi. Sarapan pagi di Changlon, masa tu perut dah rancak berbunyi. Dalam perjalanan ke Kangar, singgah ke 2 tapak projek, projek Bandar Baru Pauh dan kompleks perdagangan/perniagaan di bandar Kangar.
Aku dah la pakai baju kurung ... kena lak meredah tapak projek yg lecak akibat hujan ... patut la wakil EPU pakai seluar jer ... kat sana Pengurus Besar PKENPs, Peg. Kewangan Neg. Perlis dan 2/3 pegawai dah menanti ... seterusnya kami ke Hotel Putra Place utk sesi taklimat dan mesyuarat.
Lebih kurang 2.20 ptg, kami meneruskan lawatan kerja ... ada 12 tapak projek tapi yang kami pergi dalam 8 projek sahaja ... kesuntukan masa ... rasanya hampir satu Perlis kami jelajahi sehingga ke petang.
Thursday, November 20, 2008
Baby Baru Kak Nor!
Gambar2 di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
Wednesday, November 19, 2008
Kemalasan Melampau ...
Dah la masuk keje mood zero ... dapat lak memo kena gi meeting kat MECD petang ni ... pasal dokumen perjanjian ILKS Bumiputera ... awat lak aku yg kena gi ... mana BROku ini ... nak tak nak masuk mengadap timbalan pgrh ... dia suruh cari fail dan study pasal kes ni ...
Puas aku dan kerani menggeledah ... malangnya fail yg dicari tak ditemui. Nak tak nak terpaksa call BRO tanya fail ... BRO cuti, tapi tak de sorang pun tahu dia cuti ... timbalan pun tak tahu (camana tuuuuu...) dan fail ada dalam bilik.
Puas membelek2 fail, tapi tak faham gak. Dengan muka tebal masuk balik mengadap timbalan pengarah ... dan akhirnya ..... rela dalam paksa timbalan pgrh suruh letak fail kat atas mejanya ... dia yg akan mewakili bhgn bajet utk menghadiri meeting tu ...
Lega selega-leganya ... baru lapang dadaku ... sebabnya aku tengok senarai kehadiran ahli mesyuarat kebanyakannya ada gelaran kat pangkal nama ... camanalah aku seekor semut nak digandingkan dengan segerombolan gajah ... he..he.. seriau ...
Disebabkan hati dah lapang ... bolehlah ikut TM merayau2 cari makan ... kebetulan TM nak isi minyak kereta ... kami makan di Persint 9 ... apa nama kedai tu yer ... kat resit tulis Seri Teja ... depan Klinik Kesihatan Putrajaya ...
Tuesday, November 18, 2008
Selasa 20 Zulkaedah
Sesuatu yg menarik kerana melibatkan pembentangan dari delegasi luar negara ... malangnya tarikhnya tidak bersesuaian kerana 12 - 14 dec tu aku berada di Langkawi ... cuti2 malaysia ... discuss dengan bos ... macam berat hati nak lepaskan, tapi nak buat camana kan ... takkan nak paksa gak ...
Monday, November 17, 2008
Kisah Pagi Isnin!
Yang tak syoknya kena gi sorang2 ... dah la orang baru ... harap2 semuanya berjalan lancar. Ni baru nak membelek2 fail . Kali terakhir aku naik flight 8 tahun dahulu ... entah camana nak menghadapinya sorang2 ... mahu ketinggalan kapal terbang ... ha ..ha ...
Jalan2 di Putrajaya
Sambil tu singgah ofis jap nak ambik barang ... tensionnya kena ikut lif di blok tengah dan seterusnya menapak ke Blok Selatan. Sebelum tu kena lapor diri kat kaunter depan ... dan jumpa maintaince utk pasangkan lampu dan aircond ...
Baliknya, kami terus ke Seksyen 28 Shah Alam ... makan di kedai kegemaran kami masa bekerja satu bumbung ... nasi ayam hainan (sos black paper) ... mengimbas kembali saat suka duka selama lebih kurang 8 tahun menjadi warga IG. Tapaukan satu bungkus utk hbby dan Imal.
Saturday, November 15, 2008
Sudah Takdirnya!
Suasana di sana tidak terlalu sesak seperti tahun2 sebelumnya kerana sudah ada penerbangan khas utk jemaah haji dari Pantai Timur ataupun Utara, tidak perlu tertumpu di Kelana Jaya sahaja.
Semasa di sana aku menerima satu khabar sedih ... seorang rakan dikhabarkan sudah pulang ke hadrat Ilahi pagi tadi. Meninggal di hospital, tapi aku kurang pasti sakit yang sebenarnya. Seorang rakan yang pernah akrab, berkongsi saat suka dan duka sewaktu mula2 menceburkan diri dengan alam pekerjaan ... hampir 8 tahun bekerja di bawah satu bumbung ...
Namun hubungan kami renggang akibat satu peristiwa yg amat berkesan di hatiku hingga melibatkan campur tangan orang ketiga ... sehingga aku berhenti kerja di tempat lama, hubungan kami sukar utk dipulihkan, namun tiada dendam di hati ... apatah lagi bila mendengar nasib yg menimpanya ... Sashitaran ... ucapan takziah untuk ahli keluarga dan tunangnya ...
Friday, November 14, 2008
Oh Anakku Tak Sihat!
Bangun pagi ... call boss bagitau masuk lewat sbb nak bawa Ikmal ke klinik ... asalnya hbby nak bawa sendiri ... tapi aku nak ikut gak ... nak tau juga apa puncanya sakit telinga tu ... alang2 gi klinik ... aku pun turut jumpa doktor ... sejak semalam aku rasa tak sedap badan ... sudahnya kitaorg berdua sama2 dinasihatkan berehat di rumah ...
Telinga Ikmal sakit disebabkan kelenjar dlm telinga bengkak.. kerana selsema yg dihidapinya ... memang aku perasan Ikmal selsema dalam minggu ni ... tapi kerana macam tak teruk sangat ... aku buat tak kisah sangat nak bagi ubat ... kesal tak sudah dalam hati ... pastinya jadi pengajaran paling berguna untukku ...
Lepas makan ubat ... kami sama2 lena sehingga petang ...
Thursday, November 13, 2008
Khamis Datang Lagi
Ni la meja makan yang lama ... elok lagi kan ... rasa nak hantar kampung ... rasa nak guna sendiri ... Ikmal pun suka buat homework kat sini ...
Wednesday, November 12, 2008
Hadiah Yang Tersayang
Kitaorang makan kat tingkat atas sebab bawah tu ada booking utk satu majlis tertentu.
Hadiah 2
cute kan ... bawa kat ofis untuk dengar radio.
Hadiah 3
Tuesday, November 11, 2008
Harijadiku .... alamak dah tua yerk!
Selamat Ulang Tahun yang ke .... utkku hari ini. Terima kasih buat teman2 dan kaum keluarga yg masih mengingati dan mengutuskan ucapan sempena detik istimewa ini. Alhamdulillah ... Tuhan mengizinkan aku utk terus bernafas di muka bumi ini sehingga ke usiaku sekarang ...
Sekalung penghargaan buat arwah ayahanda (al-fatihah) dan bonda yg melahirkan dan membesarkan aku hingga menjadi seperti sekarang ... menjadi penunjuk jalan buatku yg sesekali kehilangan arah ... dan kini cukup berbahagia dengan kehidupanku seadanya ...
Monday, November 10, 2008
Akhirnya .....
Sampai KL dalam 9.20pagi ... naik kereta dengan my bos ... nak harapkan aku gi sendiri ... confirm naik komuter dari Batu 3 punya ... wakil JPA dan MECD dah lama menanti ... masalahnya tuan rumah ada mesyuarat lain ... apa2 pun mesyuarat berjalan lancar dan aku dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk sebarang pengemaskinian.
Ingat aku sorang jer yg kecut perut memandu di KL, rupanya wakil MECD pun parking kereta di Komuter Serdang ... dan naik komuter ke KL. Biasalah orang perempuan ... tapi di mana ada kekurangan, pasti ada kekuatan lain di sebaliknya ...
Pertandingan Lagu PRamlee
Sabtu, walau sibuk ... turun juga ke pasaraya Giant utk mencari lauk pauk yg dah kehabisan stok ...
Ahad ... mengantuk sangat ... sambung lena sampai 8 lebih ... mungkin sebab keletihan menghadap komputer sepanjang malam ... Imal bangun awal terus menghadap TV ... sementara abang seawal 7 pagi dah terbongkok2 membasuh kedua2 kereta ... polish dan vakum sekali ... hampir 10 pagi baru naik rumah.
Tengahari, cadang makan tengahari di Kopitiam ... malangnya kedai tutup, sudahnya makan tengahri di Tesco-Extra ... dan kemudian ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk bayar duit kereta... dalam perjalanan hujan selebat2nya ... rasa tak berbaloi my hbby terbongkok2 cuci kereta pagi tadi ... tapi iyalah ... semua ni di bawah perancangan kiter ...
Disebabkan hujan lebat, ambik parking kereta berbumbung di SACC Mall ... sampai di PKNS, terdengar alunan lagu2 P Ramlee sedang didendangkan ... rupanya sedang berlangsung pertandingan lagu2 PRamlee anjuran Selangor Fm ... walaupun aku bukan peminat lagu2 PRamlee ... tapi peserta2 pertandingan menunjukkan mutu suara yg amat membanggakan ... sampaikan kami terpaku menontonnya ... dan sesuatu yg tak dijangka ... kehadiran Jamal Abdillah sebagai penyanyi jemputan ... alunan suaranya memang class ... tak dpt ditandingi ...
(gambar Jamal akan update kmdn))
Friday, November 7, 2008
Sesungguhnya
'Sesungguhnya' adalah lagu tema sinetron SOLEHA yg dah sampai ke penghujung Selasa lepas. Aku antara yg mengikuti drama ni sejak mula lagi ... rasanya awal Oct./Nov 2007 ... tapi sebab citer Soleha dah habis ... tak dapat la nak dengar lagu ni ... dengar radio pun waktu pegi dan balik keje jer ... nanti senang2 ... pasti saya download lagu ni.
Aku tertarik dgn karakter Soleha, keayuan, kehalusan budinya dan segala2nya ttg Soleha memikat jiwaku ... pada pandangan mataku Soleha amat cantik ... tambah bila dia tersenyum.. rasa cam kagum sangat dengan SOLEHA. Malangnya semua karakter itu hanyalah di pentas lakonan sahaja ... kerana realitinya ... amat menyedihkan ... mungkin dalam episod-episod drama sahaja kita boleh bertemu gadis yang sebegitu.. kenapa ?


Wednesday, November 5, 2008
Jiwa Kacau ...
Namun ... aku mengerti ... aku tak boleh strees sangat ... buat sikit ... bentang dengan bos ... masalahnya ... macamana kajian yg aku lakukan selama 2 minggu dapat diterjemahkan dalam masa 3 hari ini ...
Nampaknya selepas ni aku kena membizikan diriku ... jangan asyik nak mengendap kat blog orang .... ha..ha..
Tuesday, November 4, 2008
Awal Dari Biasa ...
Dalam 8.40 pg perhimpunan bersurai ... amanat2 yg disampaikan aku dengar sepintas lalu ... w/pun perhimpunan tidak mengambil masa yg lama ... terasa gak kelenguhannya, maklumlah sejak tinggalkan alam persekolahan ... tak denya nak berdiri ramai2 dlm barisan...
Lunch time, ikut zie n d'gang makan di cafe kastam ... makan nasi ayam ... banyak betul nasi yg aku ambik ... tapi cam biasa ... aku kan tak suka membazir ... he..he..he... mesti habis punya ... Lepas tu jalan kaki ke PJH ... ambik kad bank yg aku buat tempohari ... cuaca pun ok ... tak la rasa letih ke sana.
Monday, November 3, 2008
Akhirnya ...
Tghari ... dengan penuh semangat membawa perut yg berkeroncong ke cafe ... malangnya makanan sudah kehabisan ... terpaksalah patah balik menapak ke cafe kastam ... kat situ lauk pun tak banyak ... tinggal balance2 jer... jadilah ... ayam masak lemak + kerabu mangga ... yg tak bestnya kerabu mangga tu di campur dgn kerisik ... rasa lain pulak ... may be pada yg lain ok ... aku jer yg tak biasa...
Esok ada perjumpaan bulanan bersama MK1 ... pukul 7.40am ... ehm ... kena la bertolak awal dari Shah Alam ... tapi kalau dah terlewat ... dok memerap kat bilik jer kot... ha..ha..
KiTa TiDaK TaHu
Setiap detik mengatur langkah
Wahana mana bakal diredah
Setiap rezeki yang dianugerah
Bila akan mula ditambah
Atau diragut, dilamar resah
Tahukah kita?
Setiap tutur diatur rapi
Berhadapan puji, esoknya dicaci
Setiap senyuman, menghulur salam
Manakah yg ikhlas, mana yg sumbang
Hidup ini serba serbi
Kita tidak tahu apa yang menanti
Kekadang di atas tegak berdiri
kan turun mendadak menggigit jari
Namun,
Detik perih menapak tangga
Hati2 lah memanjatnya
Tiba masa menurun nanti
Jangan tersilap tergelincir kaki
Ketika itu, teman baik teman semeja
Sudah tidak sudi makan semeja ...
Nukilan : Datin Asma HJ Abd latip
Mingguan Wanita Dec. 07
Sunday, November 2, 2008
Masih Ada Insan Baik Hati
Time nak solat maghrib .... ramai sungguh orang ... ambik wudhuk pun kena beratur ... nak solat lagilah berhimpit2 ... alamak camana ni, dah la tak bawa telekung sendiri ... mesti lama punya nak tunggu dpt telekung ...
aku: "... kak, ni telekung surau ker ..." ,
hamba allah: " tak ... ni akak punya ... nak pinjam ker ..."
aku: " eh ... tak pe lah ... sian lak ngan akak ..."
hamba allah: " kalau nak akak tunggu ... "
aku : " ... tak nyusahkan akak ker nak kena tunggu2 ni ... "
hamba allah : ".. bolehlah tunggu kejap ... jgn zikir lama2 sudahlah ..."
Alhamdulillah, walaupun tak sempat tanya nama ... namun budi insan yg sudi meminjamkan telekung tu amat kuhargai ... hanya Allah yg dpt membalasnya.
Ahad ... awal pagi hbby basuh kedua2 kereta ... dari kul 7 sampai 9 lebih ... siap polish dan vakum dalam ... aku siapkan sarapan, kemas umah dan lipat kain yg dah menimbun ...
Tengahari kami ke pasar stadium ... tapi barang yg nak dibeli dah kehabisan ... terus ke Global Furniture ... konon nak cuci mata ... sudahnya satu barang lagi bakal memenuhkan rumah kami yg tak segah mana besarnya ... apa2 pun ... thanks hbby sebab dah penuhi permintaan isterimu ini ...