Sunday, January 24, 2010

Salam Takziah

Hari ni aku menerima satu perkhabaran yang menyedihkan. Salah seorang rakan semaktab kpli, Faridah Majid baharu sahaja kehilangan suami tercinta akibat denggi berdarah pada hari Rabu tanggal 20hb. baru-baru ini. Berat kita yang mendengarnya, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Ida tabah dan dikuatkan semangat menerima dugaan ini.

Aku dimaklumkan suaminya hanya demam biasa2 sahaja selama 4 hari, dan masih pergi bekerja seperti biasa. Cuma pada hari Selasa, semasa di tempat kerja, arwah balik ke rumah kerana pening yang teramat. Malamnya pergi ke Hospital Serdang dan hasil pemeriksaan, keadaan denggi berdarahnya sudah di tahap yang membimbangkan. Esok pagi, dimasukkan ke ICU dan dalam 10 pagi, arwah tidak sedarkan diri kerana jantung sudah tidak berfungsi sehinggalah meninggal dunia. Begitu mudah perginya dan mengejutkan semua orang.

Buat FM, tak ada kata-kata yang mampu akak ucapkan, semoga Ida tabah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Takziah juga buat Aman Shah yang baru menerima kematian ayahanda tercinta pada 22hb. dan kini berada di Sabah bersama-sama keluarganya.

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara ... setiap yang hidup akan mati ... datangnya tidak diduga ... cuma tambahkan ilmu dan amal, semoga kita semua di bawah lindungan restu dan payung rahmat-Nya.

No comments: