Wednesday, December 17, 2008

Semalam minta balik awal dlm 2.30ptg ... selepas taklimat oleh pegawai JPA, my brother in law dapat penempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Pusat Bandar Damansara ... dan dikehendaki melapor diri hari tu juga ...

Keje banyak sebenarnya ... tapi atas rasa tanggungjawab ... minta pelepasan dan hantar adik ke sana ... tapi balik umah dulu minta hbby yg drive ... call KPKT tanya jalan nak ke sana ... dan akhirnya dlm pukul 4 ptg, sampai juga ke sana ...

Kesian tgk ramai ibu bapa yang berkampung di hadapan KPKT selepas anak2 melapor diri... tak tahu nak menetap di mana ... kerana di head office sehingga Jumaat sahaja sebelum mendapat penempatan cawangan ... nasib baik adikku lelaki ... boleh pergi sendiri dengan motor dari Shah Alam.

My MIL ada kat umah sekarang ... kena jaga umah sebab esok kitaorg dah nak ke Kuantan ... MIL tak sanggup biarkan anak bungsunya sorg2 kat umah ... begitulah kasih seorang ibu ... kebetulan adik ipar pun minta tolong jagakan 3 orang anaknya sebab semalam orang gajinya dah berlepas pulang ke Indonesia ... sementara tunggu awal Januari utk hantar anak2 ke nursery.

Memang riuh rendah sgt rumahku sekarang ... penat memang penat ... tapi tak pe lah ... bukannya selalu layan diaorang tu ...

No comments: