Tuesday, December 16, 2008

Baru memulakan keje selepas puas cuti2 Malaysia di Langkawi. Diterjah demam, batuk dan selsema sekembalinya ke Shah Alam. May be perubahan cuaca sebab di Langkawi panas terik dan berbahang.

Adik ipar lapor diri hari ni di Dewan Serbaguna di MOF. Malangnya bila bawa dia ke situ, rupanya tempat dah ditukar ke Jab. Pendaftaran Negara. Nasib baik bawa drive sendiri, bolehlah hantar ke sana ... kesian orang yang tak de transport sendiri tu. Kenapalah tak dimaklumkan awal-awal.

Ingat nak citer pasal percutian di Langkawi, tapi disebabkan atas meja ni ada bermacam fail dan surat yang perlukan perhatian segera... kenalah postpone dulu ... tak tau bila masa boleh update sebab Khamis dan Jumaat ni ada mesyuarat di Kuantan, Sabtu dan Ahad pula ada family day di Cherating ...

Apa2pun ... memang enjoy giler kat Langkawi ...

No comments: