Wednesday, December 24, 2008

Langkawi - Entry 2

Hari ke-2, 13/12/2008

Selepas sarapan jer ... semua dah berkumpul di lobby untuk xtvt yg dah di atur. Mengelilingi 3 buah pulau ( pulau dayang bunting, pulau ular dan pulau beras basah) dengan bot yg dah disewa awal2 lagi.

Standard harga utk bot, satu dewasa RM45 dan kanak2 dalam RM35. Deal baik punya, kitaorg dapat harga RM30 utk dewasa dan kanak2 FOC.




ni la muka2 yg dah excited nak naik bot.



dekat jeti penambang tunggu giliran nak naik bot.



muka2 taico yg susah payah uruskan pasal bot ni ... he..he.. jgn mare syg ..



dalam bot utk ke pulau yg pertama ... pulau dayang bunting ... masa ni semua muka steady lagi ... tapi bila abg yg bawa bot speed 100km/jam ... semua dah jadi macam tarzan ... syok giler ..

Pulau Dayang Bunting ... persinggahan pertama ... cantik sangat pemandangan kat pulau ni ... sepanjang perjalanan ke tasik tu ... aware dengan monyet2 yg pantang tengok plastik bag ... tentu kena kejar punya ... trek yg disediakan agak curam ... memang termengah2 punya sebab macam mendaki sikit ... ada la dlm 10-15 min pendakian ...

Nak citer sejarah pulau ni ... kurang arif sikit ... tapi kononnya sesapa yg sukar mendapatkan anak ... digalakkan merendam kaki kat air tasik ni ... tapi sebagai hamba-NYA ... anggaplah ini hanya sebagai ikhtiar sahaja ... takut kalau percaya sangat ... boleh terpesong dibuatnya ... apa2 pun semuanya atas izin-Nya jua.


Mungkin dari sudut kesihatan ... tasik yg berkedalaman 30 - 50 kaki ni ( kalau tak silap la) mengandungi unsur2 yg boleh merawat penyakit ... wallahuaklam ...


Kat sini pun ada satu yg nak dikongsikan ... disebabkan terlalu banyak mendaki anak tangga utk ke tasik ni ... sandal putus lak ... nasib baik kat sana ada jual ... tapi jgn tak tau ... sandal paling murah RM17.90 ... nak buat camana ... terpaksa la beli ...






alhamdulillah ... akhirnya sampai gak kat tasik dayang bunting ... letih sgt ... tapi bila tgk pemandangan ... excited tak sabar nak berendam ... tasik ni dibahagi2kan kepada beberapa kolam ... utk berenang dan kolam utk kanak2 ... xtvt berkenu/berkayak/berbasikal dlm air turut disediakan ... tapi tidak boleh melebihi garis kuning amaran.









Selepas cukup tempoh 1 jam yg diberikan ... kami menaiki bot semula utk ke pulau ular ... confius gak apa nak tengok ... rupa2nya kat pulau ni menjadi persinggahan burung2 helang yg menjadi nama/lagenda utk pulau ni ...

Banyak gak burung2 helang kat sini ... tapi banyak tak sempat snap sbb burung ni terbang laju sgt ...






Bila uncle bawa bot ni rapat sikit ke pokok2 ni ... nampaklah sang sawa sedang berlengkar atas pokok ...


Persinggahan yang terakhir ... pulau beras basah ... just tempat utk mandi manda ... adalah dalam 1 jam kitaorg mandi manda kat sini ...






Balik semula ke hotel dlm 3 ptg ... makan n berehat kat hotel. Lepas Asar, kitaorang bergerak ke Beras Terbakar n Makam Mahsuri. Aku n suami tak masuk dalam coz kitaorang dah puas bergambar masa percutian tahun lepas. Cuma temankan yg lain2 shopping ... beli baju t'shirt, kain batik 3 helai ,seluar batik ... dan souvenir utk teman2 dan keluarga.

Seterusnya, ke Pekan Kuah ... dalam perjalanan singgah makan kat LAKSA POWER ... orang kata tak sah kalau tak makan laksa utara bila dah mai kat sini. Kat Pekan Kuah ... cam biasa mesti borong coklat n beg besar yg ada tayar tu ... dah balik semula ke hotel dalam kul 10 lebih ...

No comments: