Wednesday, December 24, 2008

Langkawi - entry 1


Hari pertama, 12/12/200/

Bertolak menaiki bas Transional dari Seksyen 17 pukul 9.30 mlm dan sampai ke Jeti Kuala Perlis lebih kurang 5.30 pg. Sementara menunggu konvoi 5 buah kereta yg lain tiba, kami sewa 4 buah kereta dan bot utk keliling pulau keesokan harinya.

2 kereta Iswara dan 1 Kenari = sehari rm70
1 kereta Wira = sehari rm80

Selepas sarapan, menaiki feri ke Langkawi pukul 8pg. Tambang feri tak pasti sangat sebab ikut satu group dari FAMA (tambang 2 hala, pergi balik)

Perjalanan menaiki feri dalam 1 jam ... terus ambik kereta, jalan2 dan makan tengahari di Pantai Cenang. Dari sana terus bertolak ke bilik penginapan. Kami menginap di Hotel Helang, bersebelahan dengan airport. Rancangan asal memang menaiki flight, tapi kemudian ada masalah teknikal, dan naik bas jer akhirnya.

Hotel memang agak jauh sedikit dari Pekan Kuah, lebih kurang setengah jam perjalanan, tapi berbaloi bila menjengok ke dalam. Bilik memang luas, kelengkapan lengkap, jug kettle, iron n ironing board sekali, peti ais, TV, aircond, pengering rambut, set sofa, meja makan dan paling suka bilik airnya. Sangat luas dan terasa mewah ... Sinki drpd glasses, tub mandi dan shower dalam bilik kaca ... dan jgn lupa telefon dalam bilik air pun ada tau ...

Gambar hadapan lobby hotel ... masa mula2 sampai



LIMA Langkawi baru lepas awal Dec. tu hari ... so bergambar depan replika jer la



Mandi dan berehat sekejap ... sebelum memulakan perjalanan ke Cable Car ... last year kitaorg dah naik... so kali ni cuma tunggu kat bawah jer sementara yg lain naik cable car ... cukup la sekali pengalaman yg seram2 sejuk menaiki cable car + jambatan gantung di gunung M. Chinchang ... seriau ...













masuk kat tempat rusa jer ... yg lain2 malas nak tengok ... macam last year ada gajah , tapi tahun ni kelibat pun tak de ...


tak tau nak buat apa ... posing jer la ...



Pusing punya pusing ... ternampak la Anjung Spa ni ... nak tau apa yg xtvt dalam ni ... jom tengok ...




he..he.. ni la ikan2 kecik yg bakal menghidu aroma di kakiku ...

tunggu turn ... ramai lak orang ... minah salleh kat belakang tu sampai mengekek2 macam kena geletek jer sbb geli ...



Imal pun tumpang sekali gak celup tangan ... tu dia bukan main banyak ikan yg mai ...



No comments: