Sunday, February 15, 2009

Kembali!

Alhamdulillah ... aku dah berjaya mengharungi cabaran2 semasa BIG dengan jayanya. Ada kesempatan nanti aku ceritakan rentetan cabaran2 yg diharungi semasa di sana.

Minggu ni tak dapat balik kampung ... hati serasa dah terbang ke Imal ... tapi assignment terlalu banyak yg harus di uruskan ... call kampung ... kebetulan adik ipar balik kampung ... so kira ada la peneman Imal kat sana ... tak la terasa sangat mama dan papa dia tak dapat balik.

Semalam, ada kelas ganti untuk cuti Tahun Baru Cina tempohari. Ikut jadual hari Jumaat ... so kelas berakhir 1.30 petang.Latihan sukan yang biasanya pukul 5.00 petang dibatalkan.

Perjalanan balik ... entah kenapa sesak sepanjang jalan ... biasanya hari Sabtu jalan agak lengang ... dalam perjalanan, abang call beritahu kereta dia break down ... temperature naik mendadak ... selepas tersangkut dalam traffic jam lebih sejam kerana ada lumba basikal ... abang terpaksa berhenti tepi jalan lebih kurang sejam untuk sejukkan enjin dan tunggu aku sampai bawakan air ...

Petang, bawa kereta ke bengkel ... kena dalam RM328 untuk tukar tangki air ygang bocor dan minyak hitam ... banyak sungguh dugaan ketika melalui tempoh2 kritikal sementara menanti duit elaun masuk ...

Kemudian, kami ke pembukaan cawangan baru 'Ani Sup Utara' di TTDI Jaya ... bayaran hanya RM2 untuk bihun sup dan mee sup, char kee taw (camana ejaan yg betul hah!) ... ehm ... memang sedap dan tempat pun ekslusif ...

Sunday, February 8, 2009

Minggu Yang Menguji Ketabahanku ...

Tahun 2009 ... baru memasuki bulan Februari ... namun rasanya sudah terlalu banyak suka duka yg aku lalui ... yang benar2 mewarnai kehidupanku dengan seribu satu cerita ...

Sesungguhnya menjalani kehidupan sebagai pelajar kembali ... setelah bergelar isteri dan ibu ... benar2 menuntut 1001 pengorbanan yang tak terhingga ... meninggalkan anak di kampung ... adalah keputusan yg teramat berat utk diputuskan ... meninggalkan suami yg sedang dalam keadaan kurang sihat sewaktu orientasi tempohari ... juga benar2 membuatkan diriku dalam persimpangan.

Dan kini ... baru 2 minggu menjalani kuliah ... jiwaku kembali goyang ... pabila Imal kurang sihat di kampung ... inginkan mamanya mendampinginya selalu ... dan belum reda kesedihan ini ... suami tiba2 tidak sihat ... badannya mengigil kesejukan dan sakit2 satu badan ... muka membengkak sebelah ... dan kesakitan menjalar hingga ke mata, telinga dan gigi ...

Puas kupujuk suami yang enggan ke klinik ... kononnya masih mampu bertahan ... cuma makan ubat-ubatan yg ada dalam simpanan. Ketakutanku menjadi semakin bertambah, bila mertua yg kuhubungi memaklumkan bahawa ayah mertua disahkan dijangkiti 'chikugunya' ... penyakit yg kian menular di mana2 juga ...

Keengganan suami menjalani rawatan amat mengecewakan ... kuliah kuhadiri tanpa rasa ... ilmu yg diberikan pensyarah umpama angin yg lalu di telinga ... hanya sudi menyapa ... tanpa sudi menyinggah di ingatan ...

Dua hari berlalu ... mungkin berkat ubat tahan sakit yg dimakan ... suami kian rasa stabil ... tapi bengkak di muka tidak mahu menyusut ... lantaran tidak tahan dengan kesakitan yg mencucuk2 di mata dan giginya ... suami bersetuju ke klinik ... dan kemudiannya dirujuk segera menjalani rawatan lanjut di hospital.

Atas saranan doktor, kami terus ke Hospital Sg Buluh ... di wad kecemasan, sudah ramai yg menanti untuk mendapatkan rawatan. Selepas saringan awal ... dari jam 1 petang hingga ke angka 5 ... barulah nombor naik utk pemeriksaan. Satu tempoh penantian yg amat menyeksakan.

Kemudian suami diarahkan ke bilik xray ... dan hasilnya ada kesan bengkak di sekitar sinus ... akibat jangkitan kuman ... yg jika dibiarkan mungkin hingga perlu menjalani pembedahan ... sebab dan musabab tak dapat dipastikan...

Apapun aku bersyukur kerana dapat dikesan awal ... cegah sebelum parah ... harap2 abang segera sembuh lepas makan ubat hospital ... kalau bengkak dan sakit tidak berkurang, Isnin terpaksa mengulang ke hospital sekali lagi ...

Kami keluar dari perkarangan hospital lebih kurang 7 malam ... sampai Shah Alam, terus isi perut yang tengah berkeroncong ... pusing2 Shah Alam cari ubat tambahan yg disarankan oleh doktor ... dan klinik yg ke-5 kami tuju, barulah jumpa ubat yg dikehendaki.

Singgah kejap di Mydin ... cari barang2 keperluan untuk BIG ... dan pukul 10.30 malam barulah sampai ke rumah dengan keletihan yg teramat ... sorry Imal ... mama dan papa betul2 tak berdaya nak terus balik kampung ... so kami ambik keputusan utk pulang kampung keesokan harinya ...

Thursday, February 5, 2009

Apa itu BIG?

Insyaallah 10-13hb. Feb ni aku akan mengikuti kursus BIG ... agak2 tau ker BIG tu ... itu adalah kursus Bina Insan Guru ... akan diadakan di Tanjung Uda River Resort, Setiawan Perak. Kursus ni jadi kewajipan bagi semua bakal2 guru utk menguji daya tahan guru2 dan meningkatkan rasa jati diri sebagai warganegara yg diamanahkan tugas dan tanggungjawab yg amat besar utk mendidik bakal anak2 muda pewaris negara.

Alhamdulillah ... aktiviti kali ni aku dan Eta di dalam kumpulan yang sama ... iaitu kumpulan pertama bagi BIG ... kumpulan 1A, 1B dan 1C ... seramai lebih kurang 60 orang ... dan sama2 dilantik jadi J/K Kebersihan ... entahlah ... tak pasti sangat bidang tugas jaga kebersihan sewaktu perkhemahan ni ... Kali terakhir aku mengikuti perkhemahan adalah sewaktu belajar di UPM dulu .... tak pasti sama ada di Gunung Ledang ataupun di Taman Negara ... ingat2 lupa mana yang terakhir pergi ...

Yang pastinya ... selama 4 hari perkhemahan itu ... kami tak dibenarkan berhubung dengan orang luar ... hand phone menjadi satu barang larangan ... kalau bawa pun entah ada coverage atau tidak ... sedihnya tak dapat berhubung dengan hbby dan Imal nanti ...

Sementara itu, 3hb. tu ari ada kemasukan utk panggilan kedua bagi mengikuti KPLI-SR ... ada 2 buah kelas utk bimbingan kaunseling dan selebihnya hanya utk mengisi beberapa tempat yg kosong di kelas2 ... Dan dengarnya bulan 6/7 nanti ada lagi panggilan ketiga ... Bagi yg ada menghadiri interview KPLI tempohari ... insyaallah masih ada ruang dan peluang utk rakan2 semua ...

Selain itu, aku seperti biasa sibuk dengan kuliah, pembentangan, GERKO dan macam2 lagi ... Petang tadi juga adalah latihan pertama bagi permainan bola keranjang ... rasa best juga ... iyalah sebelum ni memang tak tau langsung apa2 pasal permainan ni ... tapi bila dah mencuba ... rasa teruja dan tak sabar nak main lagi ... he..he... tapi biasalah bila jadi s/u ni ... sibuknya mengalahkan Pengerusi dan N/Pengerusi lak ...

Malam ni, kiranya masih punya kudrat, aku akan cuba berjaga utk siapkan beberapa tugasan yg kian hari kian bertambah ...

Monday, February 2, 2009

Rintihan Seorang Anak ...

Tadi petang call Imal ... jiwaku tersentuh lagi bila Imar citer dia menangis lepas mama dan papa balik semalam. Masa nangis tu dia berharap sangat mama datang balik dekat dia dan cium dia ...

Patut la masa kami balik semalam Imal langsung tak hantar sampai ke kereta ... sebaliknya hanya berbaring depan TV ... mungkin dia tak nak tunjukkan kesedihan dan airmatanya di hadapanku ... memang sebelum tu dia menangis masa mencium aku bertalu2 pabila aku nyatakan yg papa dah menunggu di kereta.

Baru 3 minggu berlalu ... tapi macam rasa dah lama sangat aku menyambung pengajian dan meninggalkan Imal di kampung. Aku cuma dapat katakan pada Imal betapa aku amat menyayanginya dan harap Imal dapat bersabar bila Imal katakan yg dia rindukan mama dia lebih seratus kali rindu ... mungkin utk menggambarkan rasa rindunya itu ...

Sama macam Imal ... aku juga tak sabar menanti ketibaan Sabtu ... hari boleh balik kampung... tapi 14 Feb. ni hari ganti ... harap2 balik tak sampai lewat petang.

Rindu Serindu-Rindunya ...

Balik kampung ari Sabtu tu ari ... dah lewat petang ... sebabnya hbby keletihan sebab pagi ada xtvt merentas desa di sekolahnya. Masa on d way, terima call dari my father in law ... rupanya Ikmal Hakim tengah tertunggu2 mana mama dia tak sampai lagi.

Bila sampai jer ... terus kena terpa. Rupanya Ikmal tak sihat ... demam ... panas badannya saat memeluk tubuhku ... aku hiba sehibanya ... sejak dua tiga hari ni ... hujan setiap petang ... mungkin Ikmal terkena tempiasnya tiap kali balik dari sekolah.

Baru 3 minggu Ikmal bersekolah di kampung ... aku lihat badannya yg kurus semakin susut ... dan semakin gelap ... mungkin dia kepenatan bersekolah pagi dan petang ... apatah lagi amat susah utk makan nasi ... tinggal pula dengan atuk dan nenek yg amat memanjakannya ... setiap kemahuan dituruti ... kalau dengan mama & papanya ... nak tak nak tengah makan ... mesti duduk sekali mengadap hidangan.

Tak puas rasanya menghabiskan masa bersama-sama ... macam2 cerita yg disampaikan. Aku n hbby bergilir2 mengajar Ikmal ... dan Ikmal kelihatannya seronok belajar ... masalahnya bila dengan atuk dan neneknya macam2 alasan ...

Kami bertolak balik ke Shah Alam malam Isnin. Ikmal merayu nak ikut balik ... dan minta aku pulang keesokan paginya. Kebetulan Isnin cuti hari Wilayah, malangnya hbby ada banyak hal yg ingin diselesaikan, dan di Selangor tetap bekerja seperti biasa.

Sampai rumah ... aku rasa macam kehilangan ... sunyi sesunyinya ... ingatan pada Ikmal begitu kuat menyinggah lubuk hatiku ... Ya Allah ... berikan aku kekuatan utk menyimpan rasa rindu ini ... dan tatkala menulis entry ini ... airmataku mengalir tanpa dapat kutahan ... betapa aku amat merindui dan menyayanginya sepenuh hatiku ...