Thursday, February 5, 2009

Apa itu BIG?

Insyaallah 10-13hb. Feb ni aku akan mengikuti kursus BIG ... agak2 tau ker BIG tu ... itu adalah kursus Bina Insan Guru ... akan diadakan di Tanjung Uda River Resort, Setiawan Perak. Kursus ni jadi kewajipan bagi semua bakal2 guru utk menguji daya tahan guru2 dan meningkatkan rasa jati diri sebagai warganegara yg diamanahkan tugas dan tanggungjawab yg amat besar utk mendidik bakal anak2 muda pewaris negara.

Alhamdulillah ... aktiviti kali ni aku dan Eta di dalam kumpulan yang sama ... iaitu kumpulan pertama bagi BIG ... kumpulan 1A, 1B dan 1C ... seramai lebih kurang 60 orang ... dan sama2 dilantik jadi J/K Kebersihan ... entahlah ... tak pasti sangat bidang tugas jaga kebersihan sewaktu perkhemahan ni ... Kali terakhir aku mengikuti perkhemahan adalah sewaktu belajar di UPM dulu .... tak pasti sama ada di Gunung Ledang ataupun di Taman Negara ... ingat2 lupa mana yang terakhir pergi ...

Yang pastinya ... selama 4 hari perkhemahan itu ... kami tak dibenarkan berhubung dengan orang luar ... hand phone menjadi satu barang larangan ... kalau bawa pun entah ada coverage atau tidak ... sedihnya tak dapat berhubung dengan hbby dan Imal nanti ...

Sementara itu, 3hb. tu ari ada kemasukan utk panggilan kedua bagi mengikuti KPLI-SR ... ada 2 buah kelas utk bimbingan kaunseling dan selebihnya hanya utk mengisi beberapa tempat yg kosong di kelas2 ... Dan dengarnya bulan 6/7 nanti ada lagi panggilan ketiga ... Bagi yg ada menghadiri interview KPLI tempohari ... insyaallah masih ada ruang dan peluang utk rakan2 semua ...

Selain itu, aku seperti biasa sibuk dengan kuliah, pembentangan, GERKO dan macam2 lagi ... Petang tadi juga adalah latihan pertama bagi permainan bola keranjang ... rasa best juga ... iyalah sebelum ni memang tak tau langsung apa2 pasal permainan ni ... tapi bila dah mencuba ... rasa teruja dan tak sabar nak main lagi ... he..he... tapi biasalah bila jadi s/u ni ... sibuknya mengalahkan Pengerusi dan N/Pengerusi lak ...

Malam ni, kiranya masih punya kudrat, aku akan cuba berjaga utk siapkan beberapa tugasan yg kian hari kian bertambah ...

No comments: