Sunday, February 15, 2009

Kembali!

Alhamdulillah ... aku dah berjaya mengharungi cabaran2 semasa BIG dengan jayanya. Ada kesempatan nanti aku ceritakan rentetan cabaran2 yg diharungi semasa di sana.

Minggu ni tak dapat balik kampung ... hati serasa dah terbang ke Imal ... tapi assignment terlalu banyak yg harus di uruskan ... call kampung ... kebetulan adik ipar balik kampung ... so kira ada la peneman Imal kat sana ... tak la terasa sangat mama dan papa dia tak dapat balik.

Semalam, ada kelas ganti untuk cuti Tahun Baru Cina tempohari. Ikut jadual hari Jumaat ... so kelas berakhir 1.30 petang.Latihan sukan yang biasanya pukul 5.00 petang dibatalkan.

Perjalanan balik ... entah kenapa sesak sepanjang jalan ... biasanya hari Sabtu jalan agak lengang ... dalam perjalanan, abang call beritahu kereta dia break down ... temperature naik mendadak ... selepas tersangkut dalam traffic jam lebih sejam kerana ada lumba basikal ... abang terpaksa berhenti tepi jalan lebih kurang sejam untuk sejukkan enjin dan tunggu aku sampai bawakan air ...

Petang, bawa kereta ke bengkel ... kena dalam RM328 untuk tukar tangki air ygang bocor dan minyak hitam ... banyak sungguh dugaan ketika melalui tempoh2 kritikal sementara menanti duit elaun masuk ...

Kemudian, kami ke pembukaan cawangan baru 'Ani Sup Utara' di TTDI Jaya ... bayaran hanya RM2 untuk bihun sup dan mee sup, char kee taw (camana ejaan yg betul hah!) ... ehm ... memang sedap dan tempat pun ekslusif ...

No comments: