Sunday, February 8, 2009

Minggu Yang Menguji Ketabahanku ...

Tahun 2009 ... baru memasuki bulan Februari ... namun rasanya sudah terlalu banyak suka duka yg aku lalui ... yang benar2 mewarnai kehidupanku dengan seribu satu cerita ...

Sesungguhnya menjalani kehidupan sebagai pelajar kembali ... setelah bergelar isteri dan ibu ... benar2 menuntut 1001 pengorbanan yang tak terhingga ... meninggalkan anak di kampung ... adalah keputusan yg teramat berat utk diputuskan ... meninggalkan suami yg sedang dalam keadaan kurang sihat sewaktu orientasi tempohari ... juga benar2 membuatkan diriku dalam persimpangan.

Dan kini ... baru 2 minggu menjalani kuliah ... jiwaku kembali goyang ... pabila Imal kurang sihat di kampung ... inginkan mamanya mendampinginya selalu ... dan belum reda kesedihan ini ... suami tiba2 tidak sihat ... badannya mengigil kesejukan dan sakit2 satu badan ... muka membengkak sebelah ... dan kesakitan menjalar hingga ke mata, telinga dan gigi ...

Puas kupujuk suami yang enggan ke klinik ... kononnya masih mampu bertahan ... cuma makan ubat-ubatan yg ada dalam simpanan. Ketakutanku menjadi semakin bertambah, bila mertua yg kuhubungi memaklumkan bahawa ayah mertua disahkan dijangkiti 'chikugunya' ... penyakit yg kian menular di mana2 juga ...

Keengganan suami menjalani rawatan amat mengecewakan ... kuliah kuhadiri tanpa rasa ... ilmu yg diberikan pensyarah umpama angin yg lalu di telinga ... hanya sudi menyapa ... tanpa sudi menyinggah di ingatan ...

Dua hari berlalu ... mungkin berkat ubat tahan sakit yg dimakan ... suami kian rasa stabil ... tapi bengkak di muka tidak mahu menyusut ... lantaran tidak tahan dengan kesakitan yg mencucuk2 di mata dan giginya ... suami bersetuju ke klinik ... dan kemudiannya dirujuk segera menjalani rawatan lanjut di hospital.

Atas saranan doktor, kami terus ke Hospital Sg Buluh ... di wad kecemasan, sudah ramai yg menanti untuk mendapatkan rawatan. Selepas saringan awal ... dari jam 1 petang hingga ke angka 5 ... barulah nombor naik utk pemeriksaan. Satu tempoh penantian yg amat menyeksakan.

Kemudian suami diarahkan ke bilik xray ... dan hasilnya ada kesan bengkak di sekitar sinus ... akibat jangkitan kuman ... yg jika dibiarkan mungkin hingga perlu menjalani pembedahan ... sebab dan musabab tak dapat dipastikan...

Apapun aku bersyukur kerana dapat dikesan awal ... cegah sebelum parah ... harap2 abang segera sembuh lepas makan ubat hospital ... kalau bengkak dan sakit tidak berkurang, Isnin terpaksa mengulang ke hospital sekali lagi ...

Kami keluar dari perkarangan hospital lebih kurang 7 malam ... sampai Shah Alam, terus isi perut yang tengah berkeroncong ... pusing2 Shah Alam cari ubat tambahan yg disarankan oleh doktor ... dan klinik yg ke-5 kami tuju, barulah jumpa ubat yg dikehendaki.

Singgah kejap di Mydin ... cari barang2 keperluan untuk BIG ... dan pukul 10.30 malam barulah sampai ke rumah dengan keletihan yg teramat ... sorry Imal ... mama dan papa betul2 tak berdaya nak terus balik kampung ... so kami ambik keputusan utk pulang kampung keesokan harinya ...

1 comment:

Zie said...

hidup ini memang penuh dengan dugaan suka dan duka.kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa memohon kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.