Tuesday, August 5, 2008

Interview KPLI


Semalam dah selamat jalani interview KPLI. Tak berani nak komen panjang ... tapi agak mendukacitakan sebab kurang persediaan dengan bidang yang dipohon. Tak sangka sangat penemuga lebih menumpukan apa yang dipelajari masa di universiti dahulu, minta huraian dengan panjang lebar, berbanding soalan2 isu-isu semasa yang hanya sekadar perbualan biasa.

Rasa letih sangat sebab group kedua interview yang sepatutnya bermula pukul 11 pagi, hanya bermula pukul 12.30 tghari. Giliran aku lebih kurang pukul 3 petang dan selesai setengah jam kemudian. Letih menunggu dan lapar yang teramat ... ditambah dengan cuaca yang panas dan ruang menunggu hanya di tepi korridor ... muka masing-masing yang macam udang terbakar.
Sabar jer lah ... w/pun harapan agak tipis ... aku hanya mampu Tawakkal ... semoga masih ada sinar kejayaan untukku ...

Pagi ni bertugas di Tingkat 12, Perbendaharaan kerana ada mesyuarat Pegawai-Pegawai Kewangan Negeri ... so agak sibuk sikit dengan persiapan mesyuarat dan untuk menyambut ketibaan tetamu2 kehormat. Aku dikhabarkan kerani2 bertugas hingga lewat pagi lebih kurang pukul 1.30 pagi untuk menyiapkan semua maklumat yang diperlukan untuk mesyuarat ini. Ini pengalaman pertama terlibat dalam mesyuarat yang melibatkan orang2 VVIP seperti ini.

Lebih kurang 10.30 pagi, setelah semua tetamu tiba ... barulah boleh beredar untuk mengisi perut . Terus makan nasi sekali ...


Tengahari ada jamuan sehabis mesyuarat selesai ... tapi aku masih kekenyangan ... malas nak naik Tingkat 12 .... tutup lampu dan pintu bilik ... rehatkan diri dan tidur2 ayam ...




1 comment:

Cikgu Eta said...

Kalau ada rezeki jadi cikgu tak kemana. Semoga kita sama2 berjaya