Wednesday, August 27, 2008

Mungkin Esok Ajal Kita

Sebuah petikan dari http://www.iluvislam/ yang amat menyentuh hati.

AKU BIMBANG

Aku bimbang. ... sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP
Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasaholeh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit
Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..
MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..
adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..
hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

Cukup bermakna peringatan ini. Mengingati mati sungguh menginsafkan. Lebih-lebih lagi, bila melihat yang ‘pergi’ itu sahabat sendiri. Terasa bagai diri ini pula bakal dijemput sebentar lagi. Rasa cuak menyelubungi hati bila membayangkannya. Teringat saya pada tulisan Imam Al-Ghazli dalam kitab Bidayatul Hidayah menyebut:
Dan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu, kelak engkau merasa malas berbuat ibadat.
Katakan di dalam hatimu setiap hari:

“Bersabarlah engkau hari ini, mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan ataupun pada umur yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi

Keinsafan menguasai diri. Kini, yang perlu diamati,ialah amal. Amal yang IKHLAS perlu ditingkatkan, taubat mesti diperbanyakkan. Meninggalkan dosa harus dilakukan agar diri tidak mendapat azab Ilahi. Ayuh bersama kita perbaiki diri sebelum diri dijemput Ilahi. Moga kita semua mendapat naungan rahmat-Nya. Amin.

2 comments:

Cikgu Eta said...

aku pun bimbang juga...

seroja08 said...

so banyakkan amal dri skrg