Tuesday, February 16, 2010

Baru sampai dari kampung ... nak ikutkan aku masih bercuti, tapi hubby dan Ikmal mula bersekolah esok ... Ikmal sekolah agama sahaja yang bermula esok ... sekolah kebangsaan sama seperti mamanya, cuti seminggu.

Di kampung mertua, diadakan majlis cukur jambul untuk 2 ahli keluarga terbaru, Mohd Akif Iman dan Mohd Ammar Hafiy. Makanan secara katering, so tak la penat sangat memasak seperti biasa. Tapi mengemas selepas kenduri pun, memenatkan.

Pagi Isnin, baru ke rumah keluargaku ... singgah sekejap di Sg Besar nak beli langsir untuk kelas, tapi banyak kedai yg tutup. tak de banyak pilihan ... sama seperti petang Sabtu bila aku dan hubby pusing satu Shah Alam untuk beli cat ... tapi semua kedai cat/ hardware dah tutup sempena CNY. nasib baik hubby jenis tak membebel bila benda yg nak dicari tak de.

Sampai rumah, aku sayu sangat bila tengok keadaan nenek yg semakin uzur , nampak cengkung sangat. Mak kata nenek tak nak makan nasi ... dalam 10 hari dah ... kupanjatkan doa semoga nenek cepat sembuh dan dipanjangkan umur ... dalam pada masa yg sama aku kasihan dengan mak yg sendirian jaga nenek tanpa bantuan adik beradik yg lain. Selain mak, cuma ada Pak Ngah sahaja yg tinggal, tapi Pak Ngah jauh dan susah untuk jenguk nenek, jadi semuanya terpikul di atas bahu mak seorang.

Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik ... walau sukar untuk kulafazkan di hadapan mak, tapi sesungguhnya aku amat menyayangi & mengasihi insan yang kupanggil mak ini ...

No comments: