Monday, July 21, 2008

Kisah Sedih


Gambar ini diabadikan sewaktu kunjungan pak Lang yang terakhir ke rumah kami di kampung. Pak Lang memakai t-shirt kuning cair berdiri di belakang sebelah kanan


19hb July, kul 4 pagi aku menerima khabar kematian pak langku yang tinggal di pahang ... pastinya kabar sedih ini mengejutkan kami sekeluarga ... apatah lagi w/pun sudah menjangkau usia 70 thn, tapi arwah diketahui tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan... malam jumaat sebelum isyak arwah jatuh pengsan , setelah sedar dibawa ke klinik dan disahkan sihat oleh doktor ...

esoknya masih turun ke kebun, memetik buah rambutan dan mengutip durian gugur utk cucu yg baru sampai, petang sekali lagi tidak sedarkan diri, dihantar ke hospital temerloh, dan dimasukkan 2 botol air, dibenarkan pulang oleh doktor kerana tidak dapat mengesan sebarang penyakit ... malam mengadu lapar dan makan nasi hingga 2x kali bertambah, kul 1 pagi terjaga kerana black out, minta dipasangkan lilin, kmdn dalam kul 2 lebih, isteri arwah mendengar 2x bunyi rengusan nafas yg kuat, rupanya itu adalah nafas terakhir arwah sebelum dipanggil pulang buat selamanya.

kesedihan memang lumrah utk satu kematian, hanya kenangan bersama arwah pak lang pasti subur di ingatan, seorang yg teramat peramah, kalau bersembang hinggakan lupa waktu sudah menghampiri pagi ... semoga kaum keluarga pak lang sabar menghadapi dugaan yg memeritkan ini.

dlm perjalanan ke pahang, aku teringat kira2 sebulan yg lepas, aku bermimpi sesuatu yg kurang baik tentang pak lang, 2x mimpi ini datang, bila kuhubungi sepupuku, katanya arwah sihat2 sahaja, mungkin sekadar peringatan, namun aku kesal kerana tidak terus menghubunginya, tidak melalui anaknya. tapi semua ini ketentuan-Nya, pabila tiba perjanjian, tiada siapa yg dpt menghalangnya.

No comments: