Tuesday, July 22, 2008

Bilik Baru

Tadi lunch dgn member ... lapar yg teramat ... penangan bubur nasi, sekejap jer kenyangnya... belum tghari perut dah berkeroncong ... muzik rock, keroncong, zapin semuanya dia sapu ... order nasi goreng kampung ... alhamdulillah ... licin tanpa sebarang kesan ... agaknya kalau pinggan tu boleh makan ... maunya lenyap dari pandangan... he..he.. buruk lantak betul bini halim ni ...

Hari ni PA @ despatch cuti, so semua memo/surat kena hantar sendiri ... terpusing2 gak cari bilik TPB(S) kat tingkat 8 tu, suasana sunyi, nak bertanya, kelibat orang pun tak nampak ... sudahnya check dari bilik ke bilik ... nasib baik akhirnya jumpa satu mamat tu yg tunjukkan bilik TPB(S). Kalau setakat tingkat 6 dan tingkat 7 tu ... kira ok lagi ... lagipun bilik2nya tersusun, dan staff pun ramai kat sana.

Buat masa ni kat bhgn bajet tak sesibuk macam last month ... bebudak pun tak la muka kelat cam ayam berak kapur ... maklumlah pembentangan bajet ke-9 tinggal lagi sebulan, kebanyakan input / maklumat dari semua agensi hampir siap dikemaskini ... may be tinggal sikit2 perubahan yg masih dalam perhatian/pertimbangan ...

Hari pertama kat bilik baru ... ehm ... ramai gak peminat ... kebanyakan yg lalu lalang mesti singgah n menyapa ... rasa terharu .... terpancar keprihatinan w/pun baru sebulan kat sini ... hubungan sesama kakitangan dan pegawai2 pun semakin akrab ...

Bos baru habis meeting pasal Tilawah Peringkat Kebangsaan yg akan berlangsung tidak berapa lama lagi ... may be kejap lagi kena panggil mengadap la tu ... patut hari ni dah dapat telefon ext.... susah sikit la kalau bos nak panggil nanti ...

No comments: