Wednesday, July 30, 2008

Felda Jelai 3


Sudah banyak hari dilanda kesibukan ... hingga tak punya kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Selain menyiapkan tugasan seharian di pejabat ... masa yang terluang kugunakan untuk mencari bahan utk temuduga KPLI ... yg hanya tinggal beberapa hari sahaja. Resah di hati hanya Tuhan yang tahu ... apatah lagi dengan masa yang semakin terdesak ini. Baru cari bahan, harap2 masih punya masa utk membacanya.

Tadi berjumpa dengan Tuan Syed untuk urusan cuti ... sambil tu bagi salinan minit mesyuarat semalam jika ada pindaan ... tapi Tuan Syed tak punya kesempatan untuk membacanya ... cuma masukkan dalam tray. Takut gak kalau bos terlupa ... tapi esok boleh remind dia ...

Sedikit info .... minggu lepas plan balik kampung tak menjadi ... petang sabtu suamiku ada sekolah ganti ... utk menggantikan cuti raya nanti.... malamnya ibu dan ayah mertua datang dan mengajak menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Felda Jelai 3, Gemas. Bertolak seawal 7 pagi ke rumah pakcik di Putrajaya dan dari sana kami berkonvoi 7 buah kereta ke Gemas. Balik dari kenduri ... jam sudah menunjukkan pukul 7 ptg .... badan yang letih bertambah letih kerana melayan karenah imal yang merajuk kerana permintaannya untuk ikut atuk dan nenek balik kampung tidak diendahkan ...

Pengantin lelaki adalah sepupu suamiku ... Syazwan & pasangannya Ayu

Sebelum tu mak call ... bagitahu dah kaitkan buah rambutan, buah durian pun kak siah ada simpankan ... sbb ingatkan jadi balik kampung ... alahai sedih rasanya ... dah call kampung bagitau tak jadi balik kampung .... mungkin mak terlupa atau adik lupa sampaikan. Insyaallah ... tiada halangan kami balik kampung minggu ni ...


No comments: