Sunday, April 26, 2009

Kenangan di Kem Raudhah Pangkor

Sebenarnya aku baru tiba dri kampung. Mental & fizikal benar2 dalam keletihan yang teramat. Baru selesai menjalani perkhemahan pada 21-24hb di Kem Raudhah Pangkor, yg mana minggu tersebut merupakan minggu perkhemahan utk semua unit beruniform utk pelajar KPLI. Terdapat 5 IPGM utk Zon Tengah iaitu IPGM Teknik Ipoh, IPIS, Ilmu Khas dan (alamak ...lupa la)

21hb.aku bertolak ke IPGMKBM dalam keadaan hujan renyai sepanjang jalan. Entah apa musibah pagi itu ...terlewat sampai ... kerana kesesakan melampau di luar kebiasaannya. Disebabkan kedua-dua bas sudah penuh, aku naik van utk ke jeti Lumut. Beg kutumpangkan dalam bas yg kedua ...

Apapun, keseronokan utk berkhemah hilang pabila aku & 3 rakan lagi kehilangan beg utk kegunaan spjg perkhemahan. Kami sampai awal... malangnya beg kami tiada dalam bas tersebut ... pelik bin ajaib. Puas dicari, namun tidak kutemui. 2x aku berkejar mencari bas, sehingga terpaksa minta tolong sorg pakcik utk mengejar bas yg telah bergerak... tapi yg nyatanya semua beg sudah dikeluarkan ... tiada di dalam bas.

Aku dan 3 rakan menaiki feri ke Pangkor dengan sehelai sepinggang. Nak kata sedih sangat tu tidak la ... tapi rasa pelik sangat ... mana la menghilangnya beg kami tu ... nasib baik wallet dan dokumen penting termasuk kunci kereta ada dalam beg sandang.

Petangnya, kami dibawa oleh pensyarah ke Pekan Pangkor membeli sedikit keperluan dan barangan peribadi... dpt la berus gigi, baju dan seluar sorg sehelai, selipar, tuala, kasut hitam dll. barang2 di Pangkor memang jauh lebih mahal dri sepatutnya... tapi nak buat camana ... terpaksa!

Utk baju wajib PPIM ... baju kerja pinjam dengan lecturer ... baju kurung utk perhimpunan penutup memang tak ada ... dapat tengok member2 je la melawa ... apapun terima kasih banyak buat rakan2 yg banyak membantu meminjamkan barang2 keperluan yg lain2 ...

Banyak pengalaman yg dapat kukutip sepanjang perkhemahan ... belajar kawad kaki ... belajar bagi arahan kawad... belajar buat gadget ... simpul & ikatan ... dan khemahku jadi khemah terbaik. Aku turut jadi pelapor utk satu sesi LDK dan penurun bendera sewaktu TCP(tatacara perjumpaan/penutup)juga dapat berkenalan dengan 5 IPGM Zon Tengah

24hb, sebelum pulang ke IPGMKBM, kami ditemani oleh dua orang yg mengetahui lokasi terahir beg2 kami sebelum ditinggalkan ... dan alhamdulillah ... kami temui beg kami yg disimpan oleh taukeh bengkel motor ... nak ikutkan hati ... rasa marah dan terkilan pd yg meninggalkan beg2 kami sebelum kami tiba utk mengambil beg ... tapi semuanya aku simpan dalam hati ... nak diluahkan pun tak guna lagi ... cuma sesekali masih terasa perit getirnya mengikuti perkhemahan dengan sehelai sepinggang tanpa pakaian & keperluan secukupnya ...

Banyak hikmah jika kita fikirkan dri sudut yg positif. Bersyukurlah jadi insan terpilih utk diuji kesabarannya ... sama ada redha atau tidak ... setidak2nya waktu org lain berat mengusung beg ... kami hanya jalan lenggang kangkung ... sewaktu member lain berpanas terik dan berdiri lama utk majlis penutup ... kami hanya bersantai di tempat makan kerana tiada pakaian lengkap utk perbarisan ...

No comments: