Tuesday, May 26, 2009

Cuti Sakit

Sejak semalam aku bersin dan selsema ... mata semakin berair, badan seram sejuk dan berat sungguh kepala. Habis je kelas tengahari tu, aku bergegas pulang dan terus menyinggah ke klinik. Malangnya orang terlalu ramai ... tak larat menunggu, aku hanya membeli ubat selsema. Selepas makan ubat dan solat Zuhur ... terus merebahkan kepala ke bantal ...

Kepala terasa amat berat ... aku hanya mampu bangun untuk solat dan terus tidur hingga ke pagi. Bangun pagi ... masih tiada perubahan. Call Aman, dan bagitau tak larat nak ke kelas hari ini. Aku menyambung tidur hingga 9 pagi ... gagahkan diri bangun utk mandi dan ke klinik utk ambik MC... doktor bagitau yg tekanan darah terlalu rendah, demam selsema kerana hingus sudah berkumpul di atas ... sebab tu kepala pening yg teramat.

Selepas makan ubat dan antibiotik ... aku tidur hingga ke petang ... alhamdulillah ... badan terasa semakin segar dan sakit kepala agak berkurangan. Walau masih selsema dan sedikit demam, tetapi lebih baik dari sebelumnya. Harap esok tiada halangan utkku kembali ke kelas. Sehabis daya aku cuba mengekalkan kehadiran 100%, tapi kali ini aku terpaksa beralah lantaran keuzuran badan yang tidak dapat dielakkan.

No comments: