Berkunjung kembali ke Melaka selepas menamatkan zaman persekolahan menggamit pelbagai memori indah. Melaka pastinya destinasi wajib untuk dilawati kerana masa itu tidak banyak lokasi menarik untuk dilawati, tidak seperti sekarang.
Gambar-gambar di dalam Muzium Samudera yang merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990
Menara Taming Sari, hanya sesi bergambar sahaja sebab gerun tengok ia berpusing 360 darjah dan perlahan-lahan naik ke atas, lagipun we all memang gayat dengan ketinggian.
Menara Taming Sari nampak dari kejauhan, sewaktu di puncak bukit di Kota A'Famosa.Dengan bayaran rm5 seorang, kami berpeluang menaiki bot menyusuri pesisiran Sg. Melaka.
Bilik penginapan kami adalah berhadapan Eye On Melaka dan Uptown Melaka, suasana malam sangat meriah kerana banyak aktiviti di sana berlangsung sehingga pukul 2 pagi. Peluang menaiki Eye On Malaysia juga pasti tidak dilepaskan, apatah lagi harga tiket jauh lebih murah berbanding Eye On Malaysia di Tasik Titiwangsa.
3 comments:
byk betul gambar2nyaaaaaaaaa
he..he.. tu baru suku ..kira blog ni macam album la ... kitaorg dah lama tak penah cuci gmbr... masuk vcd jer
kira album versi barulah ni
Post a Comment