Plan utk menonton perasmian Sukan Olimpik di Beijing China hanya separuh jalan... tidurkan imal lebih kurang pukul 10 mlm, dengan aku sekali lena sampai ke pagi. Terjaga pukul 5 pagi kerana teringat belum sembahyang Isyak. Lepas sembahyang, aku dapati Imal pun sudah terjaga kerana menyangka hari sudah pagi.
Hajat nak sambung tidur tergendala kerana Imal asyik bertanya itu dan ini ... puas ku pujuk supaya melelapkan mata ... agaknya excited sangat dengan latihan menari di sekolah sebelum konsert sebenar di SUK Shah Alam nanti. Akibatnya, waktu menghantar imal ke sekolah, dia meminta aku membasahkan mukanya dengan air kerana mengantuk. Itulah padahnya tak dengar nasihat.
Lepas hantar imal ke sekolah, aku balik ke rumah sementara abang hantar kereta utk servis... tukar minyak hitam, tambah aircond dan satu rim bengkok ... mungkin sebab terlanggar lubang masa balik kampung minggu lepas.
Kak Siah call , ada jemputan doa selamat pindah umah baru di Alam Megah. Mungkin singgah rumah petang nanti.
No comments:
Post a Comment