Wednesday, December 24, 2008

Langkawi - Entry 2

Hari ke-2, 13/12/2008

Selepas sarapan jer ... semua dah berkumpul di lobby untuk xtvt yg dah di atur. Mengelilingi 3 buah pulau ( pulau dayang bunting, pulau ular dan pulau beras basah) dengan bot yg dah disewa awal2 lagi.

Standard harga utk bot, satu dewasa RM45 dan kanak2 dalam RM35. Deal baik punya, kitaorg dapat harga RM30 utk dewasa dan kanak2 FOC.




ni la muka2 yg dah excited nak naik bot.



dekat jeti penambang tunggu giliran nak naik bot.



muka2 taico yg susah payah uruskan pasal bot ni ... he..he.. jgn mare syg ..



dalam bot utk ke pulau yg pertama ... pulau dayang bunting ... masa ni semua muka steady lagi ... tapi bila abg yg bawa bot speed 100km/jam ... semua dah jadi macam tarzan ... syok giler ..

Pulau Dayang Bunting ... persinggahan pertama ... cantik sangat pemandangan kat pulau ni ... sepanjang perjalanan ke tasik tu ... aware dengan monyet2 yg pantang tengok plastik bag ... tentu kena kejar punya ... trek yg disediakan agak curam ... memang termengah2 punya sebab macam mendaki sikit ... ada la dlm 10-15 min pendakian ...

Nak citer sejarah pulau ni ... kurang arif sikit ... tapi kononnya sesapa yg sukar mendapatkan anak ... digalakkan merendam kaki kat air tasik ni ... tapi sebagai hamba-NYA ... anggaplah ini hanya sebagai ikhtiar sahaja ... takut kalau percaya sangat ... boleh terpesong dibuatnya ... apa2 pun semuanya atas izin-Nya jua.


Mungkin dari sudut kesihatan ... tasik yg berkedalaman 30 - 50 kaki ni ( kalau tak silap la) mengandungi unsur2 yg boleh merawat penyakit ... wallahuaklam ...


Kat sini pun ada satu yg nak dikongsikan ... disebabkan terlalu banyak mendaki anak tangga utk ke tasik ni ... sandal putus lak ... nasib baik kat sana ada jual ... tapi jgn tak tau ... sandal paling murah RM17.90 ... nak buat camana ... terpaksa la beli ...






alhamdulillah ... akhirnya sampai gak kat tasik dayang bunting ... letih sgt ... tapi bila tgk pemandangan ... excited tak sabar nak berendam ... tasik ni dibahagi2kan kepada beberapa kolam ... utk berenang dan kolam utk kanak2 ... xtvt berkenu/berkayak/berbasikal dlm air turut disediakan ... tapi tidak boleh melebihi garis kuning amaran.









Selepas cukup tempoh 1 jam yg diberikan ... kami menaiki bot semula utk ke pulau ular ... confius gak apa nak tengok ... rupa2nya kat pulau ni menjadi persinggahan burung2 helang yg menjadi nama/lagenda utk pulau ni ...

Banyak gak burung2 helang kat sini ... tapi banyak tak sempat snap sbb burung ni terbang laju sgt ...






Bila uncle bawa bot ni rapat sikit ke pokok2 ni ... nampaklah sang sawa sedang berlengkar atas pokok ...


Persinggahan yang terakhir ... pulau beras basah ... just tempat utk mandi manda ... adalah dalam 1 jam kitaorg mandi manda kat sini ...






Balik semula ke hotel dlm 3 ptg ... makan n berehat kat hotel. Lepas Asar, kitaorang bergerak ke Beras Terbakar n Makam Mahsuri. Aku n suami tak masuk dalam coz kitaorang dah puas bergambar masa percutian tahun lepas. Cuma temankan yg lain2 shopping ... beli baju t'shirt, kain batik 3 helai ,seluar batik ... dan souvenir utk teman2 dan keluarga.

Seterusnya, ke Pekan Kuah ... dalam perjalanan singgah makan kat LAKSA POWER ... orang kata tak sah kalau tak makan laksa utara bila dah mai kat sini. Kat Pekan Kuah ... cam biasa mesti borong coklat n beg besar yg ada tayar tu ... dah balik semula ke hotel dalam kul 10 lebih ...

Langkawi - entry 1


Hari pertama, 12/12/200/

Bertolak menaiki bas Transional dari Seksyen 17 pukul 9.30 mlm dan sampai ke Jeti Kuala Perlis lebih kurang 5.30 pg. Sementara menunggu konvoi 5 buah kereta yg lain tiba, kami sewa 4 buah kereta dan bot utk keliling pulau keesokan harinya.

2 kereta Iswara dan 1 Kenari = sehari rm70
1 kereta Wira = sehari rm80

Selepas sarapan, menaiki feri ke Langkawi pukul 8pg. Tambang feri tak pasti sangat sebab ikut satu group dari FAMA (tambang 2 hala, pergi balik)

Perjalanan menaiki feri dalam 1 jam ... terus ambik kereta, jalan2 dan makan tengahari di Pantai Cenang. Dari sana terus bertolak ke bilik penginapan. Kami menginap di Hotel Helang, bersebelahan dengan airport. Rancangan asal memang menaiki flight, tapi kemudian ada masalah teknikal, dan naik bas jer akhirnya.

Hotel memang agak jauh sedikit dari Pekan Kuah, lebih kurang setengah jam perjalanan, tapi berbaloi bila menjengok ke dalam. Bilik memang luas, kelengkapan lengkap, jug kettle, iron n ironing board sekali, peti ais, TV, aircond, pengering rambut, set sofa, meja makan dan paling suka bilik airnya. Sangat luas dan terasa mewah ... Sinki drpd glasses, tub mandi dan shower dalam bilik kaca ... dan jgn lupa telefon dalam bilik air pun ada tau ...

Gambar hadapan lobby hotel ... masa mula2 sampai



LIMA Langkawi baru lepas awal Dec. tu hari ... so bergambar depan replika jer la



Mandi dan berehat sekejap ... sebelum memulakan perjalanan ke Cable Car ... last year kitaorg dah naik... so kali ni cuma tunggu kat bawah jer sementara yg lain naik cable car ... cukup la sekali pengalaman yg seram2 sejuk menaiki cable car + jambatan gantung di gunung M. Chinchang ... seriau ...













masuk kat tempat rusa jer ... yg lain2 malas nak tengok ... macam last year ada gajah , tapi tahun ni kelibat pun tak de ...


tak tau nak buat apa ... posing jer la ...



Pusing punya pusing ... ternampak la Anjung Spa ni ... nak tau apa yg xtvt dalam ni ... jom tengok ...




he..he.. ni la ikan2 kecik yg bakal menghidu aroma di kakiku ...

tunggu turn ... ramai lak orang ... minah salleh kat belakang tu sampai mengekek2 macam kena geletek jer sbb geli ...



Imal pun tumpang sekali gak celup tangan ... tu dia bukan main banyak ikan yg mai ...



Tuesday, December 23, 2008

Hello kekawan!

Hari ni aku EL ... demam Ikmal tak kebah lagi ... semalam hbby banyak kali call bagitau Ikmal muntah2 ... tapi badannya tak panas.

Lepas makan tengahari, hbby suruh Ikmal tidur n berehat ... petang balik keje ... terkejut masa pegang badan Ikmal ... panas sangat ... kejutkan Ikmal dari tidur ... terjaga jer terus nak air, tapi tak larat bangun ...

Bersihkan badan n terus bawa ke klinik ... ramai sangat orang ... datang kul 6 dan dpt rawatan kul 8 malam ... sepanjang tu Ikmal terbaring jer kat kerusi ... rasa sayu sangat sebab anakku sblm ini seorang yg tak reti duk diam ...

Masuk jumpa doctor ... masa tu suhu badan Ikmal hampir mencecah 39 darjah celcius ... terus doctor bagi ubat ikut punggung ... doc. tanya kalau sebelum ni aku ada bawa Ikmal bercuti dkt mana2 ... doctor syak kena keracunan dalam perut ... akibat banyak tertelan air klorin kat kolam ...

Memang tak dinafikan sepanjang aku meeting kat Kuantan tu hari, Ikmal n papanya memang berendam jer kat kolam ... tu belum lagi masa family day kat Cherating. Masa dah lepas check-out pun sempat lagi nak berendam lagi ...

Malamnya, masa masuk tidur tu kurang sikit panasnya ... tapi masa terjaga tengah malam ... rasa membahang ... nak bagi ubat takut over-dose lak ... sudahnya basahkan kepala n badan sentiasa ... dalam 4.30 pagi, sekali lagi masukkan ubat ikut punggung ... dan barulah aku dapat lelapkan mata...

Pagi, dalam bersiap2 nak gi keje ... rasa macam tak sampai hati nak tinggalkan Ikmal ... memang hbby ada kat umah ... tapi biasanya lelaki ni kurang sikit keprihatinannya ... dan akhirnya aku ambik keputusan utk jaga Ikmal kat umah ...

Monday, December 22, 2008

KPLI ... i'm coming ...

Salam semua,

Dah lama rasanya tak mencoret ... banyak benda nak share ngan u all, tapi kekangan masa ... tak mengizinkan nak up-date citer2 terkini. Mesti kawan2 semua tertunggu2 gambar percutian di Langkawi, Kuantan dan masa family day di Cherating ... TUNGGU!

Lagi satu nak share berita yg menggembirakan ni ... insyaallah Januari 2009 ni saya akan memulakan pengajian KPLI-SR di Institut Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Memang rasa teruja sangat nak sambung belajar ... maklumlah bidang yg sedang saya ceburi ni terlalu jauh dri knowledge yg pernah saya pelajari selama ini ... tu yg kadang2 rasa tension sangat berhadapan dengan situasi2 tertentu yg agak kritikal ...

Apapun ... walau hanya berkesempatan terlibat dengan Bhgn Pengurusan Bajet ni selama 6 bulan ... banyak sgt benda baru yg saya pelajari di sini ... apatah lagi sejak jaga Kmtrn Usahawan dan Koperasi ni (MECD) ... selalu kena kejar pasal surat kelulusan, maklum balas jemaah menteri, implikasi kewangan, meeting sana sini, berpeluang ke Perlis dan Kuantan atas tajaan kerajaan ... dan macam2 lagi ... apapun setiap yg pahit pasti manis akhirnya.

Wednesday, December 17, 2008

Semalam minta balik awal dlm 2.30ptg ... selepas taklimat oleh pegawai JPA, my brother in law dapat penempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Pusat Bandar Damansara ... dan dikehendaki melapor diri hari tu juga ...

Keje banyak sebenarnya ... tapi atas rasa tanggungjawab ... minta pelepasan dan hantar adik ke sana ... tapi balik umah dulu minta hbby yg drive ... call KPKT tanya jalan nak ke sana ... dan akhirnya dlm pukul 4 ptg, sampai juga ke sana ...

Kesian tgk ramai ibu bapa yang berkampung di hadapan KPKT selepas anak2 melapor diri... tak tahu nak menetap di mana ... kerana di head office sehingga Jumaat sahaja sebelum mendapat penempatan cawangan ... nasib baik adikku lelaki ... boleh pergi sendiri dengan motor dari Shah Alam.

My MIL ada kat umah sekarang ... kena jaga umah sebab esok kitaorg dah nak ke Kuantan ... MIL tak sanggup biarkan anak bungsunya sorg2 kat umah ... begitulah kasih seorang ibu ... kebetulan adik ipar pun minta tolong jagakan 3 orang anaknya sebab semalam orang gajinya dah berlepas pulang ke Indonesia ... sementara tunggu awal Januari utk hantar anak2 ke nursery.

Memang riuh rendah sgt rumahku sekarang ... penat memang penat ... tapi tak pe lah ... bukannya selalu layan diaorang tu ...

Tuesday, December 16, 2008

Baru memulakan keje selepas puas cuti2 Malaysia di Langkawi. Diterjah demam, batuk dan selsema sekembalinya ke Shah Alam. May be perubahan cuaca sebab di Langkawi panas terik dan berbahang.

Adik ipar lapor diri hari ni di Dewan Serbaguna di MOF. Malangnya bila bawa dia ke situ, rupanya tempat dah ditukar ke Jab. Pendaftaran Negara. Nasib baik bawa drive sendiri, bolehlah hantar ke sana ... kesian orang yang tak de transport sendiri tu. Kenapalah tak dimaklumkan awal-awal.

Ingat nak citer pasal percutian di Langkawi, tapi disebabkan atas meja ni ada bermacam fail dan surat yang perlukan perhatian segera... kenalah postpone dulu ... tak tau bila masa boleh update sebab Khamis dan Jumaat ni ada mesyuarat di Kuantan, Sabtu dan Ahad pula ada family day di Cherating ...

Apa2pun ... memang enjoy giler kat Langkawi ...

Thursday, December 11, 2008

Sempena hari Qualiti anjuran kementerian, ada diadakan pameran buku, kempen derma darah, taklimat dan pemeriksaan kesihatan. So aku pun tak lepaskan peluang menjalani ujian penyaringan ringkas kesihatan dan pemakanan, dan nak tau hasilnya...

1) Berat badan 56.3kg, jauh melebihi BMI yg sepatutnya jika dinisbahkan dengan ketinggian yg tak pernah cukup ni... (malu nak sebut ketinggian sbb katik sgt ... he..he..)

2)Peratus lemak badan : 37.1% dan berat lemak : 20.9kg
Ni yg jadi masalah besarnya, ikut indeks % lemak badan perempuan yg melebihi 30% berisiko tinggi utk ???? so kena faham2 sendiri la. Waaaaaaaaaaa... kena diet dan banyakkan senaman.

3) Tekanan darah : 110/77, ok la tak de tekanan darah tinggi

4) Glukos Darah : 7.6mmol/L

Kesimpulannya, masalah lain tak de, cuma berat badan dan pemakanan kena kawal semaksima mungkin.

Jom Bercuti!

Hari Keputeraan Sultan Selangor ... patut la jalan agak lengang dengan kenderaan ... tahun2 sebelumnya aku turut bercuti ... tapi sejak jadi warga kerja Putrajaya ni ... tak dapet nak menolong ...

Adi dan Mawar menghadiri PAC di Kluang Johor ... semoga mereka berjaya ... tidak dilupakan juga Jen, Tajul dan Syazwan yg dapat PAC di Terengganu pada 13 Disember ni ...

Insyaallah, malam ni tuan punya blog akan bertolak ke Langkawi ... cuti2 Malaysia dgn group hbby ... adalah dalam 6 family ... dan bertolak balik ke Shah Alam malam Isnin nanti ... Doa dipohon dari anda semua semoga perjalanan pergi dan balik dipermudahkan, selamat pergi dan kembali ...

Tadi call org Langkawi ... dengarnya cuaca baik ... harap2 berkekalan sepanjang kami di sana.

Gambar Raya

Gambar2 sekitar sambutan Aidiladha di kampung mertua di Felda Sg Tengi.


















Ikmal, Haziq dan Ammar





Wednesday, December 10, 2008

Citer Raya

Turn raya kali ni ... di rumah mertua. Sabtu pagi dah bertolak balik kampung, rindu sangat nak jumpa Ikmal. Utk raya, cam biasa ... tugasan dapur semua MIL yg buat ... anak menantu cuma tukang kacau jer ... nasi ketupat dan rendang ayam jadi santapan ...

Cuaca kureng baik sepanjang hari ... hujan renyai dan sesekali lebat ... dalam tengahari, kami konvoi 3 buah kereta balik kampung mertua di Sg Besar ... bapa mertua tak ikut sebab nak tolong melapah daging korban ... utk kwsn Sg Tengi, dengarnya ada 10 ekor lembu yg ditumbangkan pada hari raya pertama ... bapa mertua turut berkorban, tapi dapat giliran pada hari ke-2 ... tak merasa la aku daging korban tu sebab nak terus ke Sekinchan ...

Makan dan makan ... risau sangat berat badan naik ... tapi itulah aku ... cukup alah dengan makanan time raya ni ... kenyang sangat ... tapi asal orang hidang jer ... cepat jer masuk ke mulut... beraya sampai ke malam, dan sampai ke rumah di kampung pukul 9 malam ... penatnyaaaaaaa ....

Raya ke-2, bercuti di kampung ... cuaca baik, panas terik hingga ke petang. Aku kena jaga rumah, 2 org anak buah dan nenek yg sudah semakin uzur. Emak dan kakak turun ke Banting, melihat calon adik ipar ... semoga segalanya berjalan lancar.

Balik ke Shah Alam dalam pukul 7 ptg ... menunggu emak balik dari Banting ... solat Maghrib di masjid Tanjung Karang dan sampai ke rumah lebih kurang 9 malam.

Friday, December 5, 2008

Salam Aidiladha

Buat semua teman2,
SeLaMaT HarI RaYa
AidilAdHa ... 1429H
pada 08 Dis. 08
Selamat Balik kampung & Berhati-hati di Jalan Raya

Pertandingan Pejabat sempena Hari Kualiti

Selain bizi ngan urusan surat menyurat, kitaorang sibuk berkemas dan menghias untuk pertandingan pejabat sempena minggu Hari Kualiti . Semalam wakil Bajet dah gi ke Nilai 3 membeli barang2 untuk menghias ofis dan sudah diagihkan untuk sektor masing2.

Bagi bahagian Bajet, para juri akan membuat penilaian pada hari Selasa, 9 Disember nanti ... masalahnya masa tu ramai yg bercuti ... hanya 2 orang yg stay ... so kira para juri tu tengok bilik kosong dan kerusi meja jer la ...

My bos akan menghadiri seminar selama 12 hari di luar negara ... sedangkan mesyuarat J/Kuasa Tindakan Pembangunan Kementerian(JKPT) akan diadakan di Hyatt Regency Kuantan Resort pada 18-20 Disember ni ... rela dalam paksa kena la pegi ... w/pun dah merayu tak nak pegi ... menciiiiiiiiinya ...

Wednesday, December 3, 2008

Hari ni masuk hari ke 3 Imal kat kampung ... rindunya rasa hati ... dapat lepas rindu melalui telefon jer la ... macam2 citer Imal kat kampung ... semuanya yg seronok2 ... maklumlah tak der saper nak marah2 ... tak bagi itu ini ... bangun ikut suka ... tak yah baca buku ... geng pun ramai ...

Malam2 pun boring sungguh ... teringat2 jer ngan Imal yg tgh happy kat kampung tu ... tak de mood nak buat apa pun ... my hubby layan TV sat ... pas tu layan internet ... aku layan novel jer la ... dah lama baca ... tapi tak habis2 ...

Pagi ni beli sarapan kat cafe ... mee+bihun ... tapi tak sampai suku pun yg dimakan ... entahlah macam tak kena citarasa ... tawar semacam jer ... jumpa TM tgh dating@sarap ngan husbandnya kat cafe ... sudahnya baru kul 11 pagi ... perut dah bergelodak dibuatnya.

Suasana kat ofis huru hara sikit ... bos tak de ... panggilan bertalu2 ... tak terjawab rasanya. Terpaksa tanya pegawai2 lain nak fahamkan situasi ... apa la nasib badan ... bos tak muncul2 ... aku la terhegeh2 buka fail nak jawab dengan kementerian ... pagi tak muncul2 ... petang ni dia ada meeting ... esok lak bertugas kat parlimen ...

Minggu depan my bos gi oversea ... menghadiri 'international executive workshop for gov.' di Bangkok, New Zealand dan Australia ... dari 12 hingga 24 Dec 2008 ... tinggal la aku kat ofis dengan 1001 masalah ...

Tuesday, December 2, 2008

Dilema Orang Gaji

Baru2 ni kita dikhabarkan mengenai hukuman 18 tahun penjara ke atas Yim Pek Ha yg menzalimi/mendera orang gajinya, Nirmala Bonat … kalau tengok keadaan Nirmala masa kes ni tersebar tahun 2004, memang tak terjangkau dek akal seorang manusia, seorang ibu kepada 4 orang anak tergamak melakukan perbuatan tersebut kepada sesama insane … seolah hilang langsung sifat perimanusiaan sebagai orang yg dianugerahkan akal fikiran …

Apakah hukuman itu setimpal dengan apa yg dilakukannya … kebenaran sama ada dia bersalah atau tidak … hanya Allah dan tuan punya diri yg tahu hakikat sebenarnya …

Kenapa hal ini yg aku utarakan … balik kampung baru2 ni … aku mendapat perkhabaran tentang orang gaji adik iparku … orang Indonesia … tak sampai setahun berkhidmat …
kini dah seminggu mogok lapar … diam tak berkutik … gara2 mendapat khabar berita yg anaknya sakit di kampung … merengek nak pulang ke kampung …

Hampir setahun berkhidmat menjaga 3 orang anak tuannya … berumur 10 tahun, 5 tahun dan 4 tahun … banyak dugaannya dari sewaktu awal2 diambil bekerja hingga kini… banyak barangan elektrik rosak kerana cuai … mahu h/phone … dibelikan supaya mudah berhubung dgn kaum keluarga … malangnya habis rumah banjir dibuatnya angkara leka bergayut di talipon … si anak dituduh bila ditanya oleh majikan … namun budak2 sekarang semakin advance … berani menyatakan kebenaran … si bibik yg ketika itu di bilik air, kelam kabut menjawab talipon … sehingga terlupa menutup paip bilik air… akibatnya rumah digenangi air dari dapur hingga ke ruang tamu … anak2 jatuh bergelimpangan … majikan yg pulang kerja dalam keletihan semakin kusut fikiran melihatkan keadaan di rumah …

Bukan adik iparku seorang yg tak berperikemanusiaan … namun ada sedikit keraguan yg melingkarinya … si bibik kelihatannya tidak jujur dengan mereka … kerana si anak mendengar perbualan si bibik yg suaminya ingin berkahwin lain … memang kasihan mendengarnya … namun padaku itu bukan alasan untuk mengabaikan t/jawab sebagai penjaga kepada kanak2 tersebut …

Sekarang zaman cuti persekolahan … anak2 memerlukan pengawasan di rumah …. tuan sibuk bekerja … si ibu pulak bekerja sambil belajar … menyambung pengajian master di hujung minggu … kini pembantu rumah pula melancarkan mogok … anak2 tak diendahkan ... nasib baik si kakak dah besar, boleh harap utk jaga adik2 ... buatkan susu, mandi dll ...

Apa yang ku tahu … kini adik iparku sedang sibuk menguruskan kepulangan si bibik ke kampung halaman … nasib anak2 belum ditentukan …

Monday, December 1, 2008

Hanya Berdua!

Sabtu dan Ahad balik kampung. Imal berkeras nak tinggal di kampung. Ni gara-gara semua anak2 buah dah seminggu berkampung di rumah neneknya di Sg Tengi. Ada 7 orang semuanya ... tu yg excited sangat nak cuti kat kampung ...

Ikut hati berat nak izinkan ... tapi hbby dah bagi pelepasan ... lagipun katanya minggu depan dah balik raya ...

Macam2 pesanan buat Imal ... dengar cakap nenek ... jangan asyik main game jer ... jgn malas makan, mandi ikut time ... dan macam2 lagi ...

Sampai rumah lebih kurang kurang 7 ptg ... entah kenapa ... rasa sunyi sangat ... tak de orang yang boleh dibebelkan ... lepas maghrib terus call Imal ...

Mama : " Assalamualaikum ... Imal buat apa tu .."
Imal : " Napa mama ... imal tengah main game ni ..."(bukannya nak jawab salam ..ish ... bujang aku ni ...)
Mama : "Rindu la dengan Imal ..."
Imal : " Imal nak main ni .... kakak Huda tengah tunggu tu "

Tak sempat nak cakap apa ... Imal terus lari dan letak tepon ... oh anakku ... sabar jer la ...