Showing posts with label Orang Gaji. Show all posts
Showing posts with label Orang Gaji. Show all posts

Tuesday, December 2, 2008

Dilema Orang Gaji

Baru2 ni kita dikhabarkan mengenai hukuman 18 tahun penjara ke atas Yim Pek Ha yg menzalimi/mendera orang gajinya, Nirmala Bonat … kalau tengok keadaan Nirmala masa kes ni tersebar tahun 2004, memang tak terjangkau dek akal seorang manusia, seorang ibu kepada 4 orang anak tergamak melakukan perbuatan tersebut kepada sesama insane … seolah hilang langsung sifat perimanusiaan sebagai orang yg dianugerahkan akal fikiran …

Apakah hukuman itu setimpal dengan apa yg dilakukannya … kebenaran sama ada dia bersalah atau tidak … hanya Allah dan tuan punya diri yg tahu hakikat sebenarnya …

Kenapa hal ini yg aku utarakan … balik kampung baru2 ni … aku mendapat perkhabaran tentang orang gaji adik iparku … orang Indonesia … tak sampai setahun berkhidmat …
kini dah seminggu mogok lapar … diam tak berkutik … gara2 mendapat khabar berita yg anaknya sakit di kampung … merengek nak pulang ke kampung …

Hampir setahun berkhidmat menjaga 3 orang anak tuannya … berumur 10 tahun, 5 tahun dan 4 tahun … banyak dugaannya dari sewaktu awal2 diambil bekerja hingga kini… banyak barangan elektrik rosak kerana cuai … mahu h/phone … dibelikan supaya mudah berhubung dgn kaum keluarga … malangnya habis rumah banjir dibuatnya angkara leka bergayut di talipon … si anak dituduh bila ditanya oleh majikan … namun budak2 sekarang semakin advance … berani menyatakan kebenaran … si bibik yg ketika itu di bilik air, kelam kabut menjawab talipon … sehingga terlupa menutup paip bilik air… akibatnya rumah digenangi air dari dapur hingga ke ruang tamu … anak2 jatuh bergelimpangan … majikan yg pulang kerja dalam keletihan semakin kusut fikiran melihatkan keadaan di rumah …

Bukan adik iparku seorang yg tak berperikemanusiaan … namun ada sedikit keraguan yg melingkarinya … si bibik kelihatannya tidak jujur dengan mereka … kerana si anak mendengar perbualan si bibik yg suaminya ingin berkahwin lain … memang kasihan mendengarnya … namun padaku itu bukan alasan untuk mengabaikan t/jawab sebagai penjaga kepada kanak2 tersebut …

Sekarang zaman cuti persekolahan … anak2 memerlukan pengawasan di rumah …. tuan sibuk bekerja … si ibu pulak bekerja sambil belajar … menyambung pengajian master di hujung minggu … kini pembantu rumah pula melancarkan mogok … anak2 tak diendahkan ... nasib baik si kakak dah besar, boleh harap utk jaga adik2 ... buatkan susu, mandi dll ...

Apa yang ku tahu … kini adik iparku sedang sibuk menguruskan kepulangan si bibik ke kampung halaman … nasib anak2 belum ditentukan …