Friday, September 19, 2008

19 Ramadhan

Hari ni hari yg ke 19 berpuasa. So tinggal seminggu lebih jer lagi sebelum menyambut Aidilfitri. Dah hujung2 ni ... malas sangat rasanya nak bangun sahur. Tapi bila dah berkeluarga ni, tak boleh la nak diikutkan malas tu. Imal pun turut sama bersahur.

Malam tadi kami tidur di ruang tamu. Atas permintaan Imal. Mulanya malas nak ikutkan, tapi bila berulang kali "mama please ..." tak sampai hati nak hampakan. Papa pun kata ok. Yg tak syoknya Imal tidur kat tengah2 ... tak boleh nak tidur atas lengan abang ... he..he...

Keluar awal so sampai awal kat ofis. Tapi ada satu peristiwa antara aku dan Puan Ros ... minit mesyuarat yg aku dah edarkan dipulangkan balik dengan pindaan ... ayat 'ditukarkan' minta diganti 'bertukar'. Sedangkan minit mesyuarat tu Tuan Syed dan En. Zam dah check n approved pun ... tanya pendapat cc bib dan Puan Normas, diaorg suruh ignore, tapi aku rasa tak sedap hati, so aku pinda utk dia sahaja.


Entahlah, kadang2 aku keliru, Puan Ros selalu macam sengaja cari salah ngan aku ... ccBib cakap dah tak sabar nak jadi TPB kot gantikan Tuan Syed ... apapun aku tetap 'think positive' ... mana yg elok aku ambil ... yg tak elok aku lupakan saja ...

No comments: