Nostalgia dunia kecilku ... semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok tersemat impian
Wednesday, July 30, 2008
Perut Oh Perut!
Hari ni puasa sempena 27 Rejab ... tak bangun sahur ... ehm apa lagi ... pagi2 lagi perut dah berdondang sayang ... menjelang tengahari dah jadi irama rock n roll pula ...
Ada satu cerita yang agak mencuit hati ... sms suami bagitau perut tengah berlagu ria ... suami balas dan tanya ada lagu Letto tak ... aku yg salah faham terus call handphone suami utk dengar 'caller ringtone' ... tiga kail dail ... hanya lagu Aizat ' Hanya Aku yg Mampu' berkumandang ... sms balik bagitau .... tergelak besar suamiku, kerana dia bertanyakan sama ada perutku yg sedang berkeroncong itu menyanyikan lagu 'Letto' atau tidak ... ehm .. senyum sendiri la jawabnya ... maklumlah puasa ... daya tanggapan pun mungkin tersasar ...
Apa2 pun ... bagi yang berpuasa Rejab hari ini ... saya ucapkan 'selamat berpuasa' .... Tak de mood nak masak ... singgah kedai la bungkus lauk ...
Labels:
Tentang Saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment