Tak ada apa yang menarik untuk dikongsikan. Cuma Ikmal merajuk pagi ni angkara tak dikejutkan untuk bersahur. Bukannya apa, dia tidur terlalu lewat, rasa tak sampai hati nak kejutkan sahur. Dia terbangun dalam pukul 6.20 pagi dan ajak bersahur, so mama dia senyum jer la. Masa nak pergi keje, muka masam jer tak nak senyum pun. Papa dia pujuk, elok la nanti.
Buat masa ni Ikmal hanya mampu bertahan puasa hingga pukul 2 petang. Lepas tu terus buka peti ais ambik air. Dahaga kot, tapi pujuk suruh makan nasi cukup susah. Walaupun tidak sepenuh hari, aku berbangga kerana sekurang2nya dia ada keinginan unutk berpuasa.
Hari ni still busy dengan projek Dana Khas...
Nostalgia dunia kecilku ... semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok tersemat impian
Wednesday, September 10, 2008
Tuesday, September 9, 2008
Parking Punya Hal
Hari ni agak busy sikit. Pagi pergi maybank ... 3 kali pusing tak dapat gak parking ... kebetulan member call ajak gi post office dekat JPM. So aku pun pergi jemput dulu member kat ofis ... kitaorang pergi maybank dulu. Parking penuh so aku letak la kereta kat tepi jalan w/pun punya besar signboard 'No Parking' kat situ.
Nak dijadikan cerita, sementara aku dalam bank, member call bagitau polis tengah tulis saman. Member pun apa lagi, dengan terketar-ketar cuba melarikan kereta Kelisaku ... tapi disebabkan kereta auto, 'R' untuk reverse dia tau la ... tapi jalan ke depan dia try 'N' , so memang tak gerak ke mana la , polis dah suruh jalan, tapi member kelam kabut telefon macamana nak gerak ke depan. Apapun, thank you tulip merah, sebab telah menyelamatkan diriku dari disaman.
Balik bank, kami ke pejabat pos. Dengar kata pejabat pos di JPM, so kitaorang pun ke sana, tapi tak boleh masuk ... sebabnya yang kami pergi tu Pejabat Perdana Menteri, bukannya Jab. Perdana Menteri .... terima kasih la pada pak guard yang memberi kami tunjuk arah yang sebenar.
Walaupun agak kalut ... semuanya itu tentunya beri pengalaman yang berharga. Sekarang tulipmerah pun dah pandai bawa kereta auto kan ... he..he.. pening lagi ke ...

9 Ramadhan
Malam tadi tak buat Terawih ... rasa malas dan letih sangat. Sepanjang jalan aku terfikirkan hal ini ... bulan puasa kononnya syaitan dibelenggu ... tapi apakah yg membelenggu diri ini dari kemalasan yang melampau ...
Jawapan yang sebenarnya ada pada keimanan kita ... sejauh mana keimanan kita mampu menangkis nafsu yg pelbagai dalam jiwa ... nafsu malas, nafsu tidur, nafsu makan yg melampau ... yg kemudiaannya menjadikan kita malas beribadah ...
Tak pergi terawih ... tapi terbaring ngadap TV... baca novel ... kalau betul letih dan tak larat Terawih ... patutnya kita tidur rehatkan diri ... moga kita dapat tenaga dan kekuatan utk beribadah malamnya ...
Selalunya masuk bulan Ramadhan, aku sudah memulakan bacaan Al Quran dari juzuk yg pertama, dan sesekali mengambil sedikit masa sebelum bersahur utk solat Taubat dan Tahajjud... tapi kini sudah masuk ke hari yg ke-9, aku masih belum memulakan larian ... warm-up pun belum ... masih belum menemui rentak yg sesuai ....
Ya Allah, berilah aku kekuatan dan petunjuk untuk menjadi yg lebih baik dari hari semalam ... dan lebih baik dari tahun yang sebelumnya ...
Selagi matahari masih bersinar ... selagi nadi masih berdenyut ... selagi itu masih ada ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri.

Monday, September 8, 2008
Nilai Tudung Seorang Wanita
Sumber : www.iluv.islam, oleh Nurulain
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

7 Ramadhan
Ahad pagi, sambung xtvt mengemas rumah. Vakum habuk-habuk dalam 2 bilik yg tak sempat settle semalam. Bawah katil dan belakang almari... ehm... memang penuh habuk.
Petang, gi kompleks PKNS. Tak beli apa pun, cuma cuci mata jer. Seronok tengok kemeriahan orang berniaga dan membeli belah. Baju cantik-cantik, tapi harga boleh tahan, telan air liur jer.
Untuk buka puasa, beli ikan bakar, ayam percik dan soto. Beli laksam, tapi bila bawa balik, ehm... kuah laksam rasa dah lain macam ... apa nak buat, tak de rezeki ... dah 2x beli beli laksam, tapi tak dapat makan gak ... masalah yg sama ... kuah dah rasa lain macam ... ehm ... sedihnya!

Saturday, September 6, 2008
6 Ramadhan
Hujan sepanjang hari. Cuaca yang sejuk memungkinkan kami untuk menyambung tidur selepas sahur. Ikmal turut serta sahur, kononnya nak puasa ... tapi pukul 1 dah minta biskut sebab lapar ...
Aktiviti mengemas rumah ... vakum habuk bawah katil dan belakang almari, juga punggah barang dalam kabinet dapur untuk hapuskan saki baki lipas yang kian beranak pinak... aku tolong sikit2 je ... mastermind adalah my hubby.
Lepas solat Asar, pergi Bazar Ramadhan Stadium. Pening kepala tak tau nak makan apa, so aku dan abg beli asing2 ikut selera sendiri. Abang beli nasi ambang dan keu teuw basah( cam salah eja jer), sementara aku ambik nasi kerabu+paru dan bubur kacang utk Ikmal.
Plan nak terawih kat surau, tapi hujan, so terawih kat umah jer. Tapi abang cam biasa la, mesti ke surau punya ... lagipun depan umah jer ...

Friday, September 5, 2008
Nilai Sebuah Cinta
Petikan dari blog seorang rakan :
Tatkala soal cinta diperdebatkan, pasti yang terpalit diingatan sebuah kebahagiaan. Cinta yang bermaksud keinginan di hati, kehendak didalam jiwa, berkata tentangnya orang merasa senang dan tenang juga tenteram, akhir dari cinta adalah bahagia.
Itulah definisi cinta yang boleh saya ungkapkan dengan kata.Dengan cinta segala-galanya berubah. Perasaan jadi tidak keruan, hati menjadi runsing jika tidak bersama dengan yang dicintainya, hati menjadi tidak menentu. Tatkala kita dihambat cemburu perasaan, hanyut di dalam api keinginan, kemanakah hala tuju cinta kita? Kepada siapa cinta itu disemai?
Tanda Cinta
Tatkala seseorang berada dan hanyut dalam cintanya, ingatannya sentiasa pada si Dia, hatinya cemas mengharap redhanya, Akalnya tertumpu , ingat padanya.
Itulah tanda seseorang sedang bercinta.
Begitu jugalah kita memberi tanda pada cinta pada Allah. Tatkala hati kita redha dengan cinta Tuhan,hati akan sentiasa ingat padanya, akal akan ingat berfikir mencari-cari apakah yang boleh dibuat agar berjaya meraih cintaNYA. Badan dan anggota akan berusaha memberi bukti cinta kita pada Allah. Lidah akan sentiasa memujiNya, tidak lekang melainkan bercerita tentang Allah, apa yang disukai Allah.
Allah suka pada orang yang menyeru kepada kebaikan , maka mulut kita sentiasa menyeru manusia kepada kebaikan.
Allah suka pada manusia yang mencegah pada kemungkaran, maka dengan kuasa dan tenaga juga lidah yang ada padanya, dicegahnya manusia dari menghampiri keburukan.
Segala-galanya dilakukan di atas nama cinta. Dengan cinta, kasih Tuhan tidak bertepi, dengan cinta, Kasih Tuhan janjinya pasti dan dengan cinta, redha Tuhan meniti kehidupan.
Kuasa Cinta
Seorang suami, pulang lewat suatu hari. Isterinya setia menanti. Tetapi penantian malam itu membuatkan si isteri berkecil hati. Si suami mencari akal bagaimana akan dipujuk buah hatinya ini?
Segera didekati isterinya, dan dibisikkan di telinga isteri tercinta,
”Sayang, tadi di pejabat, abang rasa sangat lapar. Abang cek poket abang, ada 50 sen. Lepas tu, cek pulak dompet, tapi ada seringgit je. Masa tu, abang rasa miskin sangat. Tapi lepas tu, abang terpandang gambar ayang kat dompet, abang letak kat dada, rasa tenang dan abang rasa macam abang ni sangat kaya. Dua-dua tu sebab abang ada ayang sebagai isteri. Itu yang membuatkan abang cepat-cepat habiskan kerja dan terus balik. Nak makan dengan buah hati yang tercinta ni…”
Si isteri terus berasa terpujuk, dilangkahkan kakinya ke dapur memanaskan lauk-pauk yang dimasaknya tadi. Rasa bahagia meniti jiwanya.
Begitulah kuasa cinta, tatkala resah , sangat mudah dipujuk dengan kata-kata. Tatkala hilang pedoman, kata-kata dari yang dicintainya cukup membuatkan hati terpandu kembali.
Ketika kuasa cinta suami isteri berjaya menaikkan kembali harapan mereka, inikan pula cinta Tuhan yang pasti lebih tinggi dan lebih agung darinya. Dengan kata-kata Tuhan, hati jadi tenang, dengan kata-kata Tuhan, hati dipandu, dengan kata-kata Tuhan, harapan kembali pulih, semangat juga dikobarkan. Di dunia ini, kita dipandukan dengan kata-kata Tuhan yang tidak akan berubah sehingga hari perhitungan, itulah AlQuran. Selayaknya kita selalu bersama kata-kata Tuhan ini, kerana dengannya petunjuk kehidupan.
Semuanya di atas nama cinta. Mulialah mereka yang mencintai Tuhannya.
Gertakan CInta
Seorang isteri, sangat mencintai suaminya, cuma satu perkara ini, membuatkannya ingin tahu, sejauh mana cinta suaminya.
”Abang, kalau abang taknak belajar solat, taknak cari majlis ilmu, taknak solat jemaah, lebih baik abang ceraikan saya atau saya akan tuntut cerai dihadapan Qadhi kerana abang tak tunjukkan teladan yang baik!!”
Hati si suami gementar. Pucat lesi tatkala perkataan cerai dihamburkan oleh isterinya. Sehari demi sehari, perubahan mula menampakkan hasil pada sang suami. Buku-buku agama mula menghiasi almari, kuliah-kuliah ilmu sudah mula dijadikan tempat menadah ilmu, asal ada majlis ilmu pasti dia akan ada disitu. Perasaan malas dibuang dari kamus hidupnya hanya disebabkan gertakan cinta dari seorang isteri yang inginkan kebaikan darinya.Ilmu dan amal terus dikejar. Siang harinya bekerja, malamnya dengan ilmu. Semuanya dilakukan atas nama cinta.
Begitulah kuasa cinta. Berupaya mengubah seseorang. Dengan cinta, semuanya tiada yang mustahil.
Pernahkah kita mendengar gertakan cinta dari Tuhan , Maha pencipta kepada kita? Tuhan yang sarat dengan cinta, kasih sayang kepada hamba-hambanya.
”Katakanlah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu,saudara-saudaramu, isteri-isterimu,keluargamu, harta-hartamu, perniagaan yang kamu takut kehabisannya, dan tempat tinggal yang kamu redhainya lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNYA dan berjihad di jalanNya, maka Tunggulah sehingga Allah mendatangkan urusannnya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasik!!” Surah At-Taubah:24
Begitulah gertakan Tuhan pada hambanya yang mengaku cinta padaNYA. Perkataan “TUNGGULAH” itu sudah cukup menggentarkan hati-hati mereka yang beriman dan cinta padaNYA. Gertakan yang membuatkan hati sang pencinta resah dan gelisah. Apakah akan dilakukan pada diri ini jika cinta ini tidak benar dan palsu?
Hati menjadi tidak menentu. Yang pasti , hanyalah cuba sedaya upaya memuaskan Sang Pencipta, tempat tumpu cinta. Yang hadirnya cinta ini hanyalah untuknya, segalanya dibuat hanya keranaNYA.
Atas dasar cinta, segalanya diusahakan. Cinta pada keluarga, keluarga takkan terbina jika Allah tidak memberi restu padanya.
Cinta pada harta, harta takkan ada jika Allah tidak sebagai Pemberinya.
Segalanya datang dari Allah, Tuhan yang sarat dengan kasih sayang. Segalanya diberikan kepada kita.
Tatkala diminta ketabahan jiwa, diberikan ujian-ujian yang dengan ujiaan itu, hati menjadi semakin tabah. Tatkala diminta kekayaan, diberikan kesusahan-kesusahan yang dengannya dicari pintu-pintu kekayaan. Tatklala diminta perasaan ketenangan, diberikan keluarga yang dengannya hati rasa tenteram , hidup dalam berkasih sayang.
Maka , di atas nikmat Tuhan kita yang manakah yang menyebabkan kita mengenepikan Cinta Tuhan Semesta Alam?
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah apabila disebut Allah maka gementarlah hatinya, apabila dibacakannnya ayat-ayatnya, maka bertambahlah keimanannya,dan kepada Tuhan mereka bertawakkal” ( al-anfal:2 )

Kisah Sahur
Subuh masa sahur malas nak kejut Ikmal ... sebab dah banyak kali kejut macam tak nak bangun. Dalam kul 6.30 pagi, Imal nangis teresak-esak ... bila tanya asyik geleng je ... tak nak jawab ...
akhirnya dapat tau Imal sedih sebab tak kejut sahur ...
Bangun termenung tepi tingkap ... bagitau hari dah nak siang ... camana nak sahur ... rasa kesian ... cepat2 bagi nasi dan bancuhkan milo ... suruh makan, kira sahur la .. he..he..

Samseng Jalanan
Kisah pagi Jumaat, sorang mamat motor dan sebuah teksi. Motor tu sekejap laju, sekejap perlahan, bawa melilau-lilau ... sambil mengacah-ngacah tangan kepada si pemandu teksi menyebabkan semua kereta di belakang terpaksa mengekor dengan perlahan. Mungkin ada kisah sebelumnya yang menyebabkan si mamat motor tu naik radang dengan teksi tu ...
Sementara tu sebuah Kelisa yg berada di lorong kedua, terus memandu tanpa menghiraukan keadaan tersebut. Entah apa yg dilakukan oleh si penunggang motor, si pemandu teksi telah memasuki lorong kedua secara mengejut, menyebabkan pemandu Kelisa terkejut beruk ... terpaksa membrek kereta dan terus memasuki lorong kanan ... nasib baik sangat sebab masa tu tak de kereta di belakang ... mengucap panjang si pemandu Kelisa dengan kejadian itu ... panas dalam hati tapi bersyukur sebab tak de apa2 yg buruk berlaku ...
Sampai sekarang si pemandu kelisa rasa geram yg amat sangat ... tangan pun menggigil lagi ... aku tahu kerana akulah pemandu Kelisa itu. eeeeeeeeeiiiii ...

Thursday, September 4, 2008
Kena Saman
Lewat petang semalam, abg kena saman kat depan simpang nak ke Giant Shah Alam. Sebelum tu abg call tanya nak beli juadah kat bazar Ramadhan kat stadium atau tak, aku kata tak yah ... so abg tak jadi masuk simpang kiri ... nak menyelit masuk ke jalan besar ... rupanya depan tu dah ader polis dok tunggu... abg tak perasan polis sebab depan tu pun ada kereta lain ... sementara tunggu lampu hijau ... dengan senang hatinya polis tu catat no. kereta ... alahai ... tak pasal2 sedekah duit kat kerajaan nanti.
Tak pernah2 polis tunggu kat situ ... ni mesti kes kerajaan cari duit nak bayar bonus nanti.
Kalau ada sapa2 yg leh tolong hal saman menyaman ni ... bagitau yer ... tapi tak tau lagi berapa kena ... ala cedihnyaaaaaa...

Pantai Air Papan, Mersing
Sejak kisah hubungan terlerai adik dengan orang Kluang, teringat yang kitaorang ada stay satu malam dekat Pantai Air Papan, Mersing. Selepas hantaran tu, kononnya nak ke Pulau Tioman, tapi sebab masa tu cuti Raya Cina, semua chalet penuh, dan tiket feri sold out ... pergi dan balik... so tidur dekat Pantai Air Papan la.
Laut masa tu bergelora sangat. Tidak begitu digalakkan mandi ... tapi biasalah, kalau dah jumpa laut ... kalau tak mandi ... rasa tak cukup perasa jer ... puas la kitaorg main air dari petang sabtu hingga ke pagi ahad.
Tapi ada satu kisah yang tak dapat ku lupa hingga kini, 4 sekawan pekerja kilang mati lemas di pantai di tarik ombak ganas yg datang secara tiba2... kejadian lebih kurang pukul 12 tghari ... sedangkan kami naik dalam pukul 10 pagi untuk berkemas pakaian sebelum balik. Mungkin ada yg masih ingat berita ni ...
Alhamdulillah ... kami bersyukur sangat sebab tak terlibat dalam tragedi tu ...
Sebahagian gambar kat pantai ... bangun tidur jalan2 nak cari sarapan ... tapi budak2 ni terus kejar air ... tu yg masing2 dengan baju tidur lagi.

Kasih Terlerai
Kisah sedih dari Kluang Johor. Pertunangan adik dengan orang Kluang bakal terlerai angkara orang ke-3. Harap adikku tabah menghadapinya.
Perhubungan yang terjalin sejak belajar di UPM hampir menuju penghujung. Mungkin jarak menjadi penghalang, kerana adik bertugas di UITM Sg Petani manakala tunang bekerja di kolej di Kuala Selangor. Yang nyata, orang ke-3 mengajar di kolej yang sama.
Namun pada aku, jarak bukan penghalang. Semuanya terletak pada kesetiaan dan jodoh tentunya. Apabila kesetiaan sudah terlerai, apa lagi yang boleh kita harapkan. Mungkin ada hikmah di kemudian hari.
Buat Padil, walau segunung kesedihan yang kau rasai, ingatlah masih ramai yang menyayangimu dan pasti masih ada perempuan yang lebih baik untukmu.

Mesyuarat MKewN
Hari ni berlangsungnya mesyuarat Kewangan Negara 2008. Pastinya peluang keemasan untuk bertemu dengan pemimpin2 tertinggi negeri dan Pak Lah sendiri. Selama ni selalu tengok dekat TV jer.
Sementara yg lain siap uruskan pasal MKewN ni, tolong Wahidah dan En. Ramzi settlekan pasal Dana Khas Persekutuan. Datuk Latifah dah banyak kali call nak tengok laporan. Semalam stay sampai pukul 6 ptg jer, tu pun sampai umah cukup2 masuk maghrib. Dengarnya En. Ramzi dan En. Azmi balik kul 4 pagi dan staf yg lain2 cuma bertahan sampai kul 1 pagi.
Siap print Dana Khas, naik ke tingkat 12 tempat mesyuarat. Bertugas sebagai penyambut tetamu /usher. Malam ni tengok la TV kot terselit muka dalam banyak2 gambar yg wartawan ambik. he..he.. perasan la pulak.
Mesyuarat selesai dalam kul 1 lebih. Tapi Pak Lah lambat keluar sebab ada sidang akhbar dengan press. Sementara tu sempat la bergambar dengan MB Pahang, Tan' Sri Adnan Yakcob.
MB yang lain2 tak sempat tangkap, laju sangat jalan.
Sidang akhbar selesai dalam 2 petang. Sempat la bersalam dan ambik gambar dengan Pak Lah ... tapi tumpang kamera En. Zam jer... kamera aku .. hampeh ... time2 cam ni low battery.
Staf yang stay sampai lewat pagi, boleh balik terus. datuk pun izinkan yg bertugas untuk balik awal, tapi rasa tak adil pulak ... tak pe la ... biar yg tak cukup tidur tu balik rumah.
Malam ni ada jamuan buka puasa sempena Bajet dan mesyuarat MKewN.
Sebab banyak gambar tumpang kamera orang ... so gambar ni jer la yg dapat dulu ... muka-muka sebahagian petugas yg dah bersengkang mata utk mesyuarat MKewN ni ... aku tumpang sekaki la ...

Wednesday, September 3, 2008
Lewat Lagi
Pagi ni sampai lewat di ofis. Agaknya bulan puasa ni semua orang berlumba-lumba keluar awal. Sangkut di plaza Tol Bukit Jelutong, rasanya dah lama tiada kesesakan yg teruk seperti pagi tadi.
Kereta di Putrajaya pun lebih banyak dari biasa. Agaknya yang masuk ofis pukul 8.30 pagi tukar masa ke pukul 8 pagi. Nampaknya esok kena keluar lagi awal dari biasa.
Semalam balik ofis, jemput Ikmal di Seksyen 28. Jem teruk dekat bazar Ramadhan di sana. Tak jadi singgah sebab tak dapat parking. Belikan anak-anak kak liza kuih-muih bawah flat aje. Perjalanan balik lagi sekali kereta melekat dalam bulatan depan Sharp seks. 27. Kereta menuju ke USJ tak bergerak, cuaca pula hujan, terpaksa pusing sekali lagi utk ikut jalan depan Proton. Rasanya dalam bulatan tu aje dah ambil masa setengah jam.
Nasib baik sempat sampai rumah sebelum maghrib. Abang beli sup tulang, ayam percik, kerabu mangga dan soto 2 bungkus untuk buka puasa.

Tuesday, September 2, 2008
Buat Hal Sendiri
Hari ini tak banyak sangat yang dapat ku lakukan ... ada kerja yang menanti sebenarnya, tapi ia tak dapat kulakukan sendirian tanpa bantuan staf yang menjaga Dana Khas Trengganu. Fail-fail yang berkaitan ada di dalam bilik fail, dan aku kurang arif mengenainya.
Serba salah aku dibuatnya, En. Ramzi memerlukan laporan itu dengan segera, tapi stafnya sibuk dengan persiapan untuk mesyuarat MKewN negeri Khamis ini. Untuk Khamis nanti, aku hanya bertugas sebagai penyambut tetamu. Syukur sangat, aku risau kalau ditugaskan sebagai pencatat minit, sebab banyak hal mengenai MKewN tidak ku ketahui.
Apatah lagi masa mesyuarat persiapan MKewN tempohari aku sedang bercuti di kampung. So banyak mengenai perjalanan mesyuarat MKewN tiada dalam pengetahuanku. W/pun mesyuarat MKewN ini diadakan setiap tahun, inilah kali pertama aku terlibat, maklumlah tahun pertama di sini.
Ikmal aku hantar ke rumah pengasuh lamanya, Mama Liza kerana Ikmal bercuti hari ini sempena konsert tahunan tempohari. Letih gak nak menjemputnya di Seksyen 28 nanti.

U/Tahun Perkahwinan dan Hari Pertama Puasa
Semalam hari pertama puasa dan juga ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8. Tepat jam 12 tgh malam kami saling berbalas sms dan ucapan ulang tahun. Untuk abang , baju t-shirt putih kegemarannya kuhadiahkan, manakala untukku cukuplah sepasang kurung ungu yang dibelikannya siang tadi.Tapi tahun ini agak menyedihkan, aku tak berpeluang menikmati awal Ramadhan mungkin juga penutupnya nanti.
Abang sahur sorang2. Kunci jam pukul 4.45 pagi, tapi sedar2 dah pukul 5.10pagi dan abang sedang menikmati hidangan sahur sendirian. Walau abang tak kisah, aku rasa bersalah sangat. Buatkan milo panas sambil menemankan abang sahur. Imal nak puasa, tapi puas ku kejutkan tak bangun juga. Sedangkan tahun lepas cukup senang dia bangun sahur.
Aku menghabiskan masa dengan mengelap semua tingkap2 yang berhabuk manakala abang seharian menyudahkan kerja menanda soalan ujian murid2.
Petang selepas hujan reda, kami ke Bazar Ramadhan di Stadium Shah Alam membeli juadah buka puasa. Nasi Briayani, nasi ayam, laksa kuala perlis dan kebab dan kuih sagu untuk Ikmal.

5 rahsia nikmati ibadat puasa
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
Menguatkan jiwa.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Mendidik keinginan ke arah kebaikan.
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
Menyihatkan badan.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah.
Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).

Sunday, August 31, 2008
Salam Merdeka & Salam Ramadhan
Salam merdeka buat semua, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51 tahun. Semoga Malaysia lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan.
Kami hanya menyaksikan sambutan kemerdekaan dari TV sahaja.
Juga selamat menyambut Ramadhan esok harinya.

Aktiviti Potong Rumput
Pagi Sabtu, kami ke Kg Bukit Lanchong, Seky.28 Shah Alam untuk meninjau tanah yang kami beli setahun yg lepas. Insyaallah kalau ada rezeki kami bercadang untuk membuat rumah untuk disewakan.
Abang bercadang untuk memotong rumput yg sudah menjadi belukar. Kasihan rumah di kiri dan kanan kami sekiranya belukar tersebut menjadi tempat haiwan berbisa nanti. Sebelum ni sudah diupah orang untuk memotong rumput, tapi cepat sangat naiknya. Hampir 2 jam masa yang diperuntukkan untuk memotong rumput dan sudah menjadi belukar.
Kasihan sangat tengok abang bermandi peluh, tapi aku dan Imal hanya menjadi pemerhati, tak larat nak mengusung mesin rumput yang berat tu. Aku baca novel dan Imal main game dalam kereta.
Tengok la gambar tu nak tau semak tak semaknya kawasan tu.

Penat ... penat ... kita minum dulu ...
Petangnya, kami tersadai kepenatan di rumah. Abang buat kerja, aku pulak yang lebih letihnya. he..he..

Saturday, August 30, 2008
Konsert Tahunan Tadika Cahaya
Tepat 5 ptg, kami sudah berada dalam Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Pembukaan konsert yang agak gilang gemilang dengan tarian pelbagai rentak dari anak-anak cilik yang berumur 3 hingga 6 tahun dan juga ex-student Tadika Cahaya.
Ikmal menyertai satu tarian yang rancak, tarian Hot-Hot. Acara berlangsung selama 3 jam, sehingga 8 malam. Nasib baik surau disediakan berhampiran dengan tempat duduk penonton, jadi tiada masalah untuk menunaikan solat Asar dan Maghrib.
Semua gambar blur sebab abang lupa nak setting kamera untuk ' night potrait'. Cuba nak attch video tapi pc slow sangat.
Acara pembukaan
Ikmal dengan tarian rancaknya, tarian Hot-Hot, ala hip hop sikit.
Ikmal menyertai satu tarian yang rancak, tarian Hot-Hot. Acara berlangsung selama 3 jam, sehingga 8 malam. Nasib baik surau disediakan berhampiran dengan tempat duduk penonton, jadi tiada masalah untuk menunaikan solat Asar dan Maghrib.
Semua gambar blur sebab abang lupa nak setting kamera untuk ' night potrait'. Cuba nak attch video tapi pc slow sangat.
Friday, August 29, 2008
Majlis Bacaan Yassin
Pagi ni pukul 8.30pg ada majlis bacaan yassin dan perjumpaan dengan Pengarah Bhgn Bajet. Selesai bacaan Yassin, Datuk PBB memberi ucapan penghargaan kepada semua yang sudah bertungkus lumus bagi penyediaan untuk pembentangan Bajet 2009, disusuli dengan jamuan ringkas. Ada laksa Johor, nasi goreng, kuih muih, buah-buahan dan kek coklat. Sesi bergambar seterusnya pengumuman bahawa semua kakitangan Bajet dibenarkan balik 3 petang.
Kebetulan yang menyenangkan sebabnya aku baru bercadang untuk minta kebenaran balik awal sebab konsert tahunan Tadika Cahaya akan berlangsung di Dewan SUK Shah Alam pukul 5 petang ini. Tak sabar rasanya nak tengok aksi Ikmal Hakim dalam acara yang disertainya.
Memandangkan hari ni Jumaat, so pukul 12.15 tghari rasanya semua orang terus balik rumah.
Plan dengan member untuk ke pasar tani ... cuci mata kalau tak hujan.

Thursday, August 28, 2008
Ramadhan Pembersih Jiwa
Kini kita telah berada di penghujung Sya'aban, dan Ramadhan bakal menjenguk. Buat semua rakan-rakan, saya memohon ribuan kemaafan atas segala kekhilafan diri, baik sedar atau tidak dan marilah sama-sama kita berdoa moga bulan puasa kali ini adalah yang terbaik yang pernah kita tempuhi selama ini.

Ibadah puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih. Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina, makan minum serta melawan diri daripada melakukan sifat tercela seperti mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kotor dan lucah.
Begitu juga dari segi kesihatan. Inilah masanya tubuh kita berehat selepas sepanjang masa bekerja tanpa henti. Al-Tobrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.”
Puasa juga mempunyai rahsia di sudut kemasyarakatan iaitu memupuk perasaan rahmat dan kasihan belas terhadap anak yatim dan fakir miskin.Perkara ini kerana orang yang kaya dapat merasakan lapar dan dahaga yang dihadapi fakir miskin.Tentulah orang yang beriman dan pengasih akan tersentuh perasaan untuk berkasih sayang dan menolong orang yang tidak berkemampuan.Oleh itu, jadikanlah Ramadan dan ibadat puasa yang kita kerjakan tahun ini sebagai madrasah yang dapat mendidik keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Pelajari Tentang Puasa
PUASA
Bahasa : menahan daripada sesuatu
Istilah / syarak : Menahan daripada makan dan minum daripada naik fajar hingga tenggelamnya matahari.
1.JENIS-JENIS PUASA
a) WAJIB :
• Puasa Ramadhan, puasa kafarah dan puasa nazar
b)HARAM :
• Puasa Sunat(isteri) tanpa izin suaminya
• Puasa hari syak:hari 30 sya’ban
• Puasa di hari raya
• Puasa hari tasyrik : 11,12 dan 13 zulhijjah
• Puasa orang yang tidak suci(haid @ nifas) atau puasa yang boleh mengancam kesihatan si pemuasa tersebut
• Puasa wisyal (menyambung puasa 2 hari atau lebih tanpa berbuka lansung)
c) MAKRUH :
• Puasa pada hari jumaat sahaja
• Puasa pada hari sabtu sahaja
“Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu semua berpuasa pada hari Jumaat kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sesudahnya.” (Muttafaqun a”laih )
d) SUNAT :
• Puasa Nabi Daud
• Puasa 3 hari di setiap pertengahan bulan Islam Qatadah
• Puasa isnin dan khamis “
• Puasa 6 hari di bulan syawal • Puasa di hari Arafah-9/10 Zulhijjah
• Puasa di bulan Haram-Sya’ban,Zulhijjah,Rajab, dll.
2) PERKARA SUNAT SEMASA BERPUASA
• Bersahur
• Menyegerakan berbuka puasa
• Membaca doa sebelum berbuka
• Mandi wajib sebelum fajar
• Memelihara lidah
• Menahan mata melihat mungkar-filem berunsur lucah dll
• Memelihara pendengaran-umpatan,nista dll
• Memelihara anggota badan yang lain dari membuat maksiat
• Memperbanyakkan sadaqah
• Memperbanyakkan amalan kebaikan
• Beriktikad di bulan ramadhan
3) PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
-Ia terbahagi kepada 2 jenis bahagian hukum :-
a) Batal puasa dan wajib qada’
• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Onani-lelaki
• Haidh
• Nifas
• Makan minum dengan sengaja
b) Batal puasa wajib qada’ dan membayar kafarah
• Melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan bagi orang yang mukalaf(beraqal)
**Puasa kafarah:- Syarat:- -telah melakukan persetubuhan dengan sengaja di siang hari pada bulan Ramadhan -terbatal puasa dengan berjimak -Suami sahaja harus membayar kafarah ( puasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu harus memberi fakir miskin mengikut jumlah yang ditetapkan) Rukhsah
• Musafir
• Sakit ada harapan sembuh
• Sakit tiada harapan sembuh
• Wanita mengandung
• Orang tua yang terlalu uzur
4. KELEBIHAN BERPUASA
• Sebagai perisai melakukan maksiat
• Di jauh muka-muka(pemuasa) dari api neraka
• Melatih diri untuk Membulatkan keikhlasan kepada ALLAH

Walau Seteguk Air, Sahur Memelihara Kesihatan
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.” Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.
Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis. Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi.
Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.
Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.
“Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”
:: Surah Ali Imran, ayat 15 - 17 ::

Tatkala Hujan Membasahi Bumi
Pulang dari kerja semalam, hujan sepanjang jalan. Awal perjalanan hujan masih terkawal, tapi dah dekat dengan Shah Alam, hujan selebat-lebatnya dan suasana semakin gelap ... mulutku tidak henti-henti berselawat kerana ketakutan ... jalan juga bertambah sesak di ketiga2 lorong kerana pergerakan kereta amat perlahan... namun Alhamdulillah selamat juga sampai ke rumah.
Rancangan makan di luar bersama 2 orang adikku tidak kesampaian ... Milah dan suaminnya mencari penginapan di Klang kerana Milah tidak berani memandu bersama anaknya dlm keadaan malam n hujan lebat. Perancangan awal selepas menghantar suaminya ke hostel penempatan peserta, dia akan bermalam di rumahku. Sementara Padil yg memulakan perjalanan pukul 3 ptg dari Sg Petani hanya tiba di rumahku pukul 11 malam juga akibat hujan sepanjang perjalanan.
Kul 9.30 mlm, kami tiga beranak keluar makan di Restoran D'Orange. Restoran kegemaran kerana suasananya yg santai, makan sambil bersila dan banyak koleksi buku dan majalah2 utk tatapan sementara menunggu hidangan siap.Tak payah order, pelayan dah tahu apa yg kami mahukan, tentunya tomyam campur, daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar. Mungkin sebab kesejukan, semua makanan selamat dalam perut kami. He..he... tak elok membazir ...

Wednesday, August 27, 2008
Ceritaku
Rasanya dah agak lama tidak berceloteh di sini ... sebelum ini sekadar mengambil sisipan ilmu dari pelbagai sumber. Ada banyak yg ingin dicoretkan, tapi bagaikan ada sesuatu menganggu kelancaran utk berbahasa.
Pilihanraya di Permatang Pauh baru sahaja berakhir. Kemenangan seperti yg diramalkan berpihak kepada Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti yg agak besar. Tak perlu disebut angka kemenangan, pastinya semua orang mengikuti perkembangan pilihanraya dari awal lagi. Cuma satu harapan kita, moga kemenangan ini menjadi sinar bagi kita rakyat jelata mendapat kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.
Setelah diberi cuti rehat selama 2 hari, kesihatan abg makin bertambah baik. W/pun masih tidak sepenuhnya, tapi abg sudah berupaya utk menunaikan kewajipan kepada anak bangsa yg tentunya sentiasa dahagakan ilmu yg baru.
Malam ini juga rumahku pasti meriah dengan kehadiran 2 org adikku, Milah dan Padil. Milah dan si kenit Najmi menumpang bermalam di rumah kerana menghantar suaminya ke Klang yg akan menyertai sukan lompat tali di Kelang. Padil pula dalam perjalanan dri UITM Sg Petani utk menghadiri mesyuarat di UITM Shah Alam keesokannya.
Insyaallah, kami semua akan makan malam di luar, abg belanja.

Mungkin Esok Ajal Kita
AKU BIMBANG
Aku bimbang. ... sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP
Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasaholeh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit
Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..
MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..
adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..
hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
Cukup bermakna peringatan ini. Mengingati mati sungguh menginsafkan. Lebih-lebih lagi, bila melihat yang ‘pergi’ itu sahabat sendiri. Terasa bagai diri ini pula bakal dijemput sebentar lagi. Rasa cuak menyelubungi hati bila membayangkannya. Teringat saya pada tulisan Imam Al-Ghazli dalam kitab Bidayatul Hidayah menyebut:
Dan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu, kelak engkau merasa malas berbuat ibadat.

Katakan di dalam hatimu setiap hari:
“Bersabarlah engkau hari ini, mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan ataupun pada umur yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi”
Keinsafan menguasai diri. Kini, yang perlu diamati,ialah amal. Amal yang IKHLAS perlu ditingkatkan, taubat mesti diperbanyakkan. Meninggalkan dosa harus dilakukan agar diri tidak mendapat azab Ilahi. Ayuh bersama kita perbaiki diri sebelum diri dijemput Ilahi. Moga kita semua mendapat naungan rahmat-Nya. Amin.

Petua Mendidik Anak-Anak
Hati anak-anak kecil adalah suci laksana mutiara yang berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Ia akan menerima apa saja yang di buat terhadapnya. Jika dibiasakan itu dengan perbuatan-perbuatan baik yang diajarkan kepadanya, ia akan besar dalam keadaan itu, sehingga berbahagialah kehidupannya dunia dan akhirat. Kedua ibu bapa, guru pendidik dan semua orang yang turut mengasuhnya akan bersyarikat dalam mendapat pahala dari Allah Taala.
Sebaliknya, jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti kehidupan binatang yang terbiar, tentu sekali ia akan menjadi celaka dan binasa, dan dosanya turut terpikul ke atas pundak walinya atau penanggungjawabnya. Allah Taala berfirman:“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. (At-Tahrim: 6)
PENDIDIKAN ANAK-ANAK DI PERINGKAT AWAL
Kedua-dua ibu bapa yang bersungguh-sungguh untuk melindungi anak-anak mereka dari api dunia perlu mengetahui bahawa melindungi mereka dari api akhirat adalah lebih penting dan lebih utama lagi. Cara melindungi anak itu ialah dengan memberinya pendidikan yang baik dan membiasakannya dengan segala akhlak dan budi pekerti yang terpuji, memeliharanya daripada pergaulan dengan kawan-kawan jahat. Ibu bapa jangan sekali membiasakan anak-anak dengan kesenangan yang berlebih-lebihan ataupun mengikutkan kemahuan anak-anak dalam serba serbi kemewahan dan perhiasan diri, kelak anak-anak itu akan menghabiskan umurnya berkecimpung dalam menuntut kemewahan dan kesenangan. Ini akan menarik mereka kepada kebinasaan yang berterusan.Yang paling perlu sekali, ibu bapa harus memerhati pendidikan anak-anak sejak mula-mula pertumbuhannya. Mereka tidak mengupah orang untuk mengasuh atau menyusukan anak, kecuali setelah dikenalpasti dia seorang perempuan yang soleh, baik urusan agamanya dan makan hanya yang halal sahaja.
Apabila dilihat ada tanda tamyiz (kepandaian) pada anak itu, maka hendaklah dia memperketatkan lagi pengawasan terhadapnya. Permulaan tanda-tanda tamyiz ialah tumbuhnya sifat malu pada diri. Sebab itu ia sudah pandai malu dan meninggalkan sebahagian dari kelakuan-kelakuan yang tertentu, maka itulah tanda-tanda tertibnya cahaya pemikiran di dalam akalnya. Dan ini juga adalah gejala-gejala baik yang menunjukkan bahawa akhlak anak itu telah lurus, dan hatinya telah bersih.Anak yang pemalu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja, malah hendaklah ia dibantu dengan menambah lagi pendidikan dalam sikap malunya dan tamyiznya.
ASAS-ASAS PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK
1.Asas adab makan untuk anak-anak
Sifat yang mula-mula akan menonjol pada anak-anak, ialah kegelojohan dengan makanan. Ia harus dididik dengan cara-cara dan adab sopan menghadapi makanan iaitu:
a. Jangan mengambil makanan melainkan dengan tangan kanan sahaja.
b. Membaca Bismillah apabila mula menyuap makanan
c. Jangan tergesa-gesa mengambil makanan sebelum orang lain mengambilnya.
d. Jangan meliarkan pandangan kepada makanan, ataupun meneliti muka orang yang sedang makan.
e. Jangan terlalu cepat atau gelojoh apabila makan.
f. Mengunyah makanan baik-baik sebelum telan.g
g. Jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan itu.
h. Membiasakan makan roti tanpa lauk-pauk pada sesetengah waktu, supaya seleranya tidak memandang wajib adanya lauk-pauk dalam makanan.
Ibu bapa harus mengingatkan anak-anak, bahawa banyak makan itu sifat yang tercela, dan orang yang suka makan banyak mempunyai tabiat yang buruk. Dan ibu bapa hendaklah memuji anak yang pandai menjaga adab dalam menghadapi hidangan makanan, dan anak yang makannya sedikit.Ibu bapa juga harus membiasakan anak-anak, supaya suka mendahulukan orang lain dalam hidangan makanan dan selalu bersikap puas dengan makanan yang ada saja, yakni tidak terlalu cerewet.2.
Asas adab pakaian untuk anak-anak:
Ibu bapa harus tidak menggalakkan anak-anak lelaki memakai pakaian yang berwarna-warni, ataupun memakai pakaian sutera dan menyatakan kepada mereka, bahawa pakaian berwarna atau sutera itu adalah pakaian kaum wanita, ataupun pakaian orang pondan. Orang lelaki harus merasa malu apabila memakai pakaian serupa itu. Hal ini hendaklah diingatkan kepada anak-anak itu berulang kali. Perlihatkan rasa tidak senang jika anak lelaki itu suka mencuba-cuba pakaian menyerupai perempuan.
Asas adab pergaulan anak-anak
Hendaklah ibu bapa memelihara anaknya daripada bercampur-gaul dengan budak-budak yang telah dibiasakan dengan kehidupan bersenang-lenang dan bermewah-mewahan atau memakai pakaian yang indah-indah. Ibu bapa juga harus melindungi anak-anaknya dari orang yang memperdengarkan kepadanya sesuatu yang tidak baik. Sebab apabila anak itu tidak dikawal sejak dari mula, nescaya ia akan dikuasai oleh berbagai-bagai sikap yang rendah, seperti buruk budi pekerti, pendusta, pendengki, pencuri, suka meminta dengan paksaan, suka menjaga tepi kain orang, banyak tipu daya dan suka membuat sesuatu yang tidak berguna. Maka seharusnya anak itu diberikan perlindungan dari segala sifat tadi, iaitu dengan jalan mendidiknya dari permulaan pertumbuhannya.
Asas agama untuk anak-anak
Anak itu hendaklah dihantar ke sekolah supaya dia belajar al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., mendengar cerita-cerita para salihin dan sejarah kehidupan mereka agar tertanam dalam hatinya kecintaan terhadap orang-orang yang mulia itu. Hendaklah ia dijaga supaya tidak membaca atau mendengar lagu-lagu yang melukiskan gambaran asyik masyuk dan orang-orang bercinta-cintaan, kerana ini akan menumbuhkan benih-benih kerosakan di dalam dirinya.
Teknik pendidikan akhlak
Apabila terlihat budi pekerti dan kelakuan anak yang terpuji,maka hendaklah dia dimuliakan dan dibalas dengan sesuatu yang boleh menggembirakan hatinya dan dipuji kelakuannya yang baik itu di hadapan orang ramai. Tetapi jika ia terlanjur sesekali dalam sesetengah perkara, maka hendaklah berpura-pura terlupa atau tidak nampak akan kelakuannya yang salah itu. Jangan sekali-kali memalukan anak itu atau membuka rahsianya, dan janganlah menampakkan kepadanya, bahawa ada orang lain yang berani melakukan sepertinya. Terutama sekali apabila anak itu telah mencuba untuk menutup keaibannya, dan bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan kesilapannya. Sebab membuka rahsianya mungkin akan menimbulkan perasaan tindak balas anak itu, sehingga ia menjadi berani mengulangi kelakuan yang salah itu, meskipun diancam untuk didedahkan kesalahan itu kepada orang ramai. Tetapi sekiranya ia mengulangi lagi perbuatan salah itu bagi kali kedua, maka sebaiknya hendaklah ia ditegur secara rahsia dan menyatakan, bahawa perkara yang dibuat itu tidak patut dibuat oleh seseorang sepertinya.
Kemudian hendaklah ia diingatkan sekali agar jangan kembali melakukan perkara seperti itu lagi, kerana akan memalukan dirinya jika diketahui orang. Apabila menegur anak, janganlah terlalu banyak mencelanya pada setiap waktu, sebab ini akan menyebabkan telinga si anak menjadi tebal (tidak mengendahkan segala celaan itu). Dia akan terus berani membuat kesalahan dan segala nasihat yang dihamburkan kepadanya tidak akan meninggalkan apa-apa kesan di dalam hatinya.Haruslah seseorang ayah dan ibu itu bijak mengendalikan cara-cara berbicara dengan anaknya. Ia tidak menegur atau memarah anaknya melainkan pada masa-masa yang tertentu. Bagi ibu pula harus pandai memainkan peranannya, iaitu dengan mengingatkan si anak supaya bersifat segan kepada ayah dan menegahnya supaya menjauhi segala kelakuan yang buruk.

Tuesday, August 26, 2008
Perihal Tidur dalam Islam
Cara tidur yang diamalkan oleh Rasullullah:
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
Waktu yang tidak dibenarkan tidur:
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.
Cara menghindarkan lesu selepas bangkit dari tidur:
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

Subscribe to:
Posts (Atom)