Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidurrasul

Bercuti sempena kelahiran nabi Muhamad SAW yang amat kita sayangi ... cuaca yang dingin membuatkan aku dan suami bermalas-malasan di depan tv sambil menonton perarakan sambutan maulidurasul yang diadakan di Putrajaya ...

Pukul 8.30pg, bersiap2 untuk pergi ke Ulu Yam ... join perkelahan warga sks17 di Laman Nur Bestari, Hutan Lipur Sg Tua ... hampir bertahun2 tak berkunjung ke sana ... hujan lebat sepanjang perjalanan membuatkan hati terasa cuak ... macam mana nak berkelah klau hujan x berhenti ...

Kami masih di perjalanan ketika semua teman2 abg dah menanti di sana ... alhamdulillah ... semakin menghampiri Kepong menuju Batu Caves .. mentari semakin memancarkan surianya ...

Namun, masalah lain menanti ... kesesakan teruk di Batu Caves ... kerana ramainya penganut agama Hindu berkumpul di batu Caves ... maklumlah Thaipusam dah nak menjelang ... hampir pukul 11 pagi ... barulah kami tiba di Laman Nur Bestari, Hutan Lipur Sg Tua ... ehemmm ... nice place ... tak sabar nak mandi-manda ...

Wednesday, January 23, 2013

Kembali.. 2013

Alhamdulillah..setelah lama menghilang ..baru kini berkesempatan menjengah2 bloggers.. Dan barulah terasa rindu untuk mencoret sesuatu di rumah yg sudah semakin usang ini
Tahun 2013 ..Walau baru beberapa minggu berlalu, pelbagai episod duka yang telah aku dan keluarga harungi .. Hanya pada-Mu Tuhan tempat kami bergantung ..
Masih punya waktu ..pasti suatu hari nanti akan kukhabarkan pada semua kesedihan dan kedukaan yang dilalui ..



Tuesday, May 8, 2012

Menanti Hari Bersejarah ...

Berdebar menanti saat2 bersejarah ... ketibaan Timb Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk merasmikan sekolah sempena  ulang tahun ke-10 SK Bukit Jelutong ... Insyaallah aku akan bertugas di bilik pameran Robotik ...

Masing2 dilanda kesibukan ... murid2 yg terpilih sudah mulai sibuk untuk persembahan dan perbarisan kawad kaki ... guru2 apatah lagi  ... tambahan pula PKSR1 juga bakal menjengah tidak lama lagi ... 

Semoga semuanya berjalan lancar dan juga cuaca yang baik ...

Tuesday, May 1, 2012

Hari Pekerja 2012


Selamat menyambut Hari Pekerja buat semua ... selamat berehat sebentar daripada tugas2 di tempat kerja ... dan berbanggalah kita semua kerana masih mempunyai pekerjaan ... di saat beribu2 orang masih tercari2 kerja ...

Pekerjaan itu satu ibadah ... oleh itu laksanakanlah ia dengan sebaik dan seikhlas mungkin ... kerana melalui usaha yg kita lakukan itulah ... kita menerima hasil/upah di sebalik apa yg kita kerjakan ...

Sebenarnya, apa yg saya perkatakan di atas merupakan satu peringatan buat diri saya sendiri ...agar ikhlas dalam apa yg saya lakukan ... terkadang kita amat teruja/ happy dengan apa yg lakukan ... namun ada kala kita rasa kelelahan ... teramat letih dan seakan putus asa ...apabila apa yg kita angankan tidak sebaik yg kita jangkakan ...

Ingatlah ... tidak semuanya akan menepati jangkaan ramalan... berusaha dan terus berusaha ... kerana hasil yg diperolehi dengan susah payah ... akan lebih terasa kemanisannya ....


Gaji Baru SSM 2012


Monday, April 30, 2012

Alhamdulillah ...

Akhirnya ... diberi peluang dan kesempatan untuk berbicara ... banyak khabar yang ingin dikongsikan ... namun kekangan masa sering dijadikan alasan ...

Namun, bukankah setiap manusia dikurniakan masa yg sama ... 24 jam sehari  .. tiada yg terlebih .. tiada yg terkurang  ... oleh itu belajarlah memuhasabahkan diri ...  masa yg ada dimanfaatkan sebaiknya ... Insyaallah selepas ini mungkin kembali menjinakkan diri dalam bicara kelu ini ... untuk meluahkan segala rasa ... kerana inilah wadah terbaik tanpa menyinggung hati sesiapa ...

Gurindam Petua Seorang Guru


Kalau guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau guru
mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.

Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat

Kalau guru menjadi pemudah cara
Banyak murid pandai berbicara

Kalau guru kurang merancang,
 di dalam darjah banyak temberang.

Kalau guru suka berdamping,
Banyak murid dapat dibimbing

Kalau guru banyak bercakap,
Akan ada murid yang gagap.

Kalau guru berbudi bahasa,
Akan dikenang sepanjang masa.

Kalau guru menunggu diarah,
semua kerja kena kerah.

Kalau guru tidak mengajar,
dapatlah murid yang kurang ajar

Kalau guru  berinovatif,
 pengajaran akan lebih efektif.

Kalau guru tidak mahu belajar,
 samalah taraf dengan pelajar

Friday, July 29, 2011

Ramadhan bakal menjelang

Syaaban hampir ke penghujung...insyaallah kita semua akan berpuasa tidak berapa hari lagi ... Di kesemptn ini saya ingin mengucapkan selamat myambut ramadhan...semoga ramadhan kita thn ini lebih baik amalan yg dapat lakukan berbanding sebelumnya...amin!

Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day

tak perlu kek,x perlu hadiah..tp cukuplah sekadar anak2 mendengar kata,mentaati perintahNYA...cukup menenangkan hati seorang ibu..itu adalah hadiah yg teristimewa dan x ternilai bandingnya!

Hubungan Antara Manusia & Buah-buahan


Jangan Suka Mendedah Tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga Kesucian Dalam Pergaulan
Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.


Selalu Bertindak Adil
Jadilah seperti tandan petai , bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin Tua Semakin Bijaksana
Jadilah seperti cili.
Semakin tua, semakin pedas.


Jangan Bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Thursday, September 30, 2010

Kelas Beku

Kelas dibekukan lagi hari ini ... so maknanya guru kelas perlu berada di kelas sendiri sepanjang masa ... ramai guru tiada kerana menyertai lawatan ke Kuala Lumpur, berkursus dan cuti sakit ... kebetulan cuaca hujan sejak awal pagi lagi ... kedatangan murid juga nampaknya kurang memberangsangkan.

Apapun hari ini aku bernasib baik ... kebetulan ada 3 subjek untuk hari ini diajar oleh guru yang tidak pegang kelas ... jadilah banyak la sedikit masa senggangku ... sambil menyiapkan buku adab, aku teringat blog yang sudah lama dilupakan ...

kay ... nak siapkan tanda buku dan buku adab yang masih berbaki ...

Kembali

Rasanya dah terlalu lama rumahku ini dibiarkan kosong tanpa sebarang catatan ... banyak yg ingin kuabadikan ... tapi entahlah ... jari seakan kaku dan idea seakan ketandusan ...

Alhamdulillah ... kini sudah memasuki bulan ke-10 aku bergelar guru ... dalam pahit dan getir, tetap banyak manisnya. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mencurahkan sedikit bakti buat anak bangsaku ... walau kehadiranku mungkin tidak memberi impak yang besar kepada warga SKBJ ... namun aku pasti masih banyak ruang untuk aku berbakti selagi terdaya ...

selepas ini ... insyaallah ... walau kekangan masa ... aku tetap ingin membuat catatan sebagai kenangan di masa akan datang ...

Tuesday, August 31, 2010

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan yg ke-53

Salam Merdeka untuk semua. Tahun 2010 ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke - 53 dalam bulan Ramadhan. Tema tahun ini ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi". Sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita tau serba sedikit sejarah negara kita, apa makna sebuah negara tanpa sejarah. Moga negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera hendaknya...Elak kan lah dari persengketaan terutama yang bersifat2 perkauman.. Dengan nama Allah s.w.t , kita laungkan dengan penuh semangat.

Merdeka bukan sahaja membebaskan diri dari penjajahan ... memang luas skop kemerdekaan ini ... tapi bagi aku, aku bernekad sempena bulan yang mulia ini untuk membebaskan diri daripada unsur2 negatif dalam diri yang masih membelenggu diri selama ini ... kemalasan, sifat bertangguh2, tidak fokus, cepat marah dan naik tangan terutamanya dengan anak sendiri dan lain2 penambahbaikan yang perlu kupertingkatkan ... insyaallah ...

Sunday, May 16, 2010

Facebook | Jamaayah Abdul Rahman

Facebook Jamaayah Abdul Rahman:

GURU ...
Dalam ajarnya ada harapan,
Dlm tegurnya ada doa,
Dlm marahnya ada sayang,
dlm tawa ada mesranya,
dlm tangannya kita TERBINA!

SELAMAT HARI GURU buat guru2ku di SK Parit 9, SAM pekan Psr Panjang, SAM Rawang & SAMT KKB ...
juga buat rakan2ku yang kini bergelar GURU ....
tidak lupa buat warga KPLI-IPGMKBM-2009 ... dan warga guru SKBJ - Guru Jutawan Akhirat

Monday, May 3, 2010

Coretanku

Kini sudah masuk 5 bulan aku bergelar guru lepasan KPLI. Banyak jerit dan peritnya bergelar seorang guru ini ... bukan sekadar mengajar tapi juga mendidik ... bukan setakat mendidik anak murid ... malahan mendidik diri sendiri ke arah model yang terbaik utk jadi ikutan.

Kalau dahulu aku selalu terfikir betapa seronoknya bergelar guru ... boleh kerja sekerat hari ... tapi kini setelah menceburi alam pendidikan ini ... baru kusedari betapa besarnya pengorbanan seorang guru ... dan setelah dibekalkan dengan buku 'Guru Jutawan Akhirat' ... ketahuilah di saat segala keperitan ini ... banyak kemanisan yang menanti di akhirat nanti.

Thursday, April 15, 2010

KUNING tetap Juara

Berakhirnya Sukan Tahunan SKBJ ... dan Rumah Kuning @ Temenggung berjaya mengekalkan kejuaraannya buat kali kedua. Juara keseluruhan, wakil Olahragawan dan Olahragawati, Johan Perbarisan dan tempat ke-3 hiasan khemah. Tahniah buat anak2 muridku dan guru2nya yang bertungkus lumus sebelum ini.

Gambar2 sekitar temasya dilangsungkan.


Saat2 indah menjulang piala kejuaraan.




Ros, Kak Saidatul, Izan dan kak Kathy


Guru2 penyokong kuat rumah Kuning ...



berkongsi kegembiraan ...
Gambar sekitar perbarisan ...













juga ... johan Tarik Tali mengalahkan rumah Hijau ...

Wednesday, April 7, 2010

Sukan SKBJ

Lama tak menjenguk umah sendiri ... dilanda kemalasan yang melampau ... ditambah dengan keletihan kerana sibuk dengan Sukantara, saringan dan sebagainya lagi ... menghilangkan mood dan keghairahanku utk mencatat di blog ini ...

Ahad ni ... berlangsungnya Sukan Tahunan bagi SKBJ ... dan tugasan yang diamanahkan sebagai pengurus pemenang ... ehm ... tu lebih baik daripada tugasku sepanjang minggu ini ... sebagai pengurus peserta utk Tahun 4,5 dan 6. Kebetulan rakan setugas yg merupakan Ketua Rumah Kuning sibuk dengan mesyuarat ... terpaksa minta tolong guru2 yg lain.

Sukantara selama 2 hari ni ... rumah Kuning berada di tangga kedua ... esok final untuk 200M Tahun 5 dan acara tarik tali. Radzi masih kena quarantin siapkan data ... so sekali lagi aku diamanahkan untuk jadi pengurus peserta rumah Kuning ... harap Kuning tetap bersinar secerahnya tahun ini seperti tahun lepas ... Kuning ... Kami datang, Kami gempur ... Kami juara.

Thursday, March 11, 2010

Salam

Lama rasanya tak mencoret kat rumah kesayanganku ini ... nak kata bizi sangat ... ehm.. kira bolehlah ... baru lepas mesyuarat PIBG dan sekarang minggu exam UB1. Dan nampaknya tahun ni sibuk sikit selepas dilantik sebagai AJK PIBG. Insyaallah aku akan memegang S/U Biro Media dan ICT.

esok juga hari terakhir untuk UB1 dan minggu persekolahan ... pas ni mula bercuti seminggu ... insyaallah semua kertas2 penulisan BM aku angkut sekali balik kampung.