Monday, April 30, 2012

Alhamdulillah ...

Akhirnya ... diberi peluang dan kesempatan untuk berbicara ... banyak khabar yang ingin dikongsikan ... namun kekangan masa sering dijadikan alasan ...

Namun, bukankah setiap manusia dikurniakan masa yg sama ... 24 jam sehari  .. tiada yg terlebih .. tiada yg terkurang  ... oleh itu belajarlah memuhasabahkan diri ...  masa yg ada dimanfaatkan sebaiknya ... Insyaallah selepas ini mungkin kembali menjinakkan diri dalam bicara kelu ini ... untuk meluahkan segala rasa ... kerana inilah wadah terbaik tanpa menyinggung hati sesiapa ...

Gurindam Petua Seorang Guru


Kalau guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau guru
mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.

Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat

Kalau guru menjadi pemudah cara
Banyak murid pandai berbicara

Kalau guru kurang merancang,
 di dalam darjah banyak temberang.

Kalau guru suka berdamping,
Banyak murid dapat dibimbing

Kalau guru banyak bercakap,
Akan ada murid yang gagap.

Kalau guru berbudi bahasa,
Akan dikenang sepanjang masa.

Kalau guru menunggu diarah,
semua kerja kena kerah.

Kalau guru tidak mengajar,
dapatlah murid yang kurang ajar

Kalau guru  berinovatif,
 pengajaran akan lebih efektif.

Kalau guru tidak mahu belajar,
 samalah taraf dengan pelajar