Thursday, May 28, 2009

PROBAG 2009 di Tg Piai, Johor

21 hingga 24hb Mei 2009, aku dan 4 rakan sekelas tersenarai untuk Program Khidmat Guru (PROBAG) di Tg Piai, Johor. Walau agak keberatan pada mulanya untuk turut serta memandangkan melibatkan Sabtu & Ahad, waktu yg kuperuntukkan utk menjenguk Imal di kampung, tapi demi tugas serta pengalaman di tempat orang ... aku mengikhlaskan hati utk menyertainya.

Hari pertama, 21hb Mei 2009 (Khamis), berangkat dari IPGMKBM pukul 8.30 pagi dengan 2 buah bas yg membawa 74 peserta PROBAG.

Che Ros, aku, Nana, Mimi dan Ros sebelum berangkat

Aku terkejut bila t-shirt utk PROBAG lengan pendek, seingatku dah lama sangat aku tak pernah keluar dengan lengan pendek ... sarung tangan pun tak bawa...


Inilah gambar sewaktu penyerahan anak angkat. Tapi berlaku satu peristiwa yang kurang ku senangi ... pabila ada 2 org peserta yang minta tukar keluarga angkat kerana ingin berkumpul dgn 2 rakannya yang lain. Rela dlm paksa ... apa2pun ada hikmahnya. Mengenali abah(cikgu mail) dan mak, miza dan familynya ... antara detik terindah dlm hidupku ...


Anak2 abah Haida, Ima, aku, Mimi, Che Ros, Bib dan Farah ... ada sorg lagi Nana, tukang ambik gambar ...



Bersama abah dan mak dan salah sorg cucunya depan rumah ... petang Khamis hanya majlis suai kenal dengan family abah ... dan malamnya jalan2 di resort atas air di Tg Piai ... dan lihat pemandangan malam di Singapura... tengok dri kejauhan jer ...

Jumaat pagi ... xtvt gotong royong kawasan komples penghulu ... kemudian balik rumah untuk xtvt masak2 kerana tgharinya rumah abah akan menerima 10 orang pelajar dari Jepun ... mereka akan dijamu makan tengahri sebelum diberi pakaian kebangsaan ... baju melayu utk lelaki dan kurung utk perempuan ... kebetulan abah hanya mendapat pelajar lelaki utk kunjungan kali ini.

Aku difahamkan yg family abah sudah terlibat dengan homestay ini sejak 10 tahun yg lalu ... tiada masalah baju melayu dan baju kurung kerana memang banyak dalam simpanan. Abah memang kerap terima kunjungan pelajar dari Jepun kerana xtvt lawatan ke luar negara menjadi syarat wajib bagi pelajar sekolah menengah di Jepun sebelum terima sijil. (anggaran umur 16-17 tahun)

Cuma yg jadi masalah adalah tentang bahasa. Kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Inggeris ... so jadilah macam ayam & itik bercakap ...

Anak2 abah tengah layan mamat2 Jepun ni menjamu selera.



sesi bergambar ....

petang lepas solat Jumaat ... ada lawatan ke Taman Negara di Tg Piai ... merupakan kawasan penghujung paling Selatan utk Tanah Besar Asia ...








Turut mengunjungi Tanjung Bin Power ... antara janakuasa terbesar di Johor ...


Hari Sabtu, motivasi dan sukaneka di Sekolah Kebangsaan Andek Morni ... motivasi disampaikan oleh Tuan Hj Ali Mahmood ....

Destinasi seterusnya ke jeti Tg Piai utk pertandingan jong .. jong merupakan sampan kecil yg mempunyai layar ... dihanyutkan ke laut secara serentak dan melihat jong mana paling pantas dan awal tiba di suatu destinasi yg tertentu ...melihat kepada kelajuan jong ... seolah2 ada enjin ... pertandingan ini hanya ada di Tg Piai ... dan bakal dijadikan acara tahunan di tempat tersebut. Kelajuan jong bergerak bergantung kepada pembuatan jong dan juga kepintaran membaca arah angin ... silap2 hari bulan jong akan meluncur ke bawah jeti penambang jika silap membaca arah angin.

Aku turut berpeluang menaiki sampan utk melihat xtvt menangkap udang menggunakan jaring ... antarat gambar yg sempat dirakam. Jeti utk menaiki bot ...




antara jong yg dipertandingkan ...

Lawatan keliling kampung ... melawat ladang nenas dan kebun durian abah ... kurg bernasib baik sebab durian hanya akan mulai gugur pertengahan Jun .. tapi dpt juga merasa 3/4 biji durian yg gugur dekat rumah abah ...

Seterusnya ke Kukup ... merupakan jeti antarabangsa untuk ke Tg Balai Indonesia ... perjalanan hanya memakan masa 45 minit ... ikut perancangan ada lawatan mengelilingi kampung menaiki bot ... tapi tak sempat kerana kesuntukan masa ...



Malam terakhir ... persembahan kebudayaan ... tahniah buat pelajar2 IPGMKBM atas persembahan teater yg amat mengujakan ..." Aku seorang keturunan Datuk Merah".


Ahad ... tiba waktu utk berangkat pulang ... thanks buat abah dan mak atas layanan five star utk anak2 abah yg nakal ini ... selain bawa bermacam2 pemberian abah& mak .. kami juga bawa badan yg semakin berat mengembang ... sebabnya asyik makan dan sentiasa bertambah ... he..he...

Tidak lupa salam sayang buat Miza ... si manis 7 yg sentiasa berkepit dgnku ... selama 7 tahun tak pernah tidak tidur di bawah ketiak mamanya ... namun kedatangan kami jadi sejarah buat pertama kali berenggangtidur dgn mamanya ...

No 199 Jln Adil, Kampung Serkat, 82030 Pontian Johor ... selamanya dalam kenangan ...




Tuesday, May 26, 2009

Cuti Sakit

Sejak semalam aku bersin dan selsema ... mata semakin berair, badan seram sejuk dan berat sungguh kepala. Habis je kelas tengahari tu, aku bergegas pulang dan terus menyinggah ke klinik. Malangnya orang terlalu ramai ... tak larat menunggu, aku hanya membeli ubat selsema. Selepas makan ubat dan solat Zuhur ... terus merebahkan kepala ke bantal ...

Kepala terasa amat berat ... aku hanya mampu bangun untuk solat dan terus tidur hingga ke pagi. Bangun pagi ... masih tiada perubahan. Call Aman, dan bagitau tak larat nak ke kelas hari ini. Aku menyambung tidur hingga 9 pagi ... gagahkan diri bangun utk mandi dan ke klinik utk ambik MC... doktor bagitau yg tekanan darah terlalu rendah, demam selsema kerana hingus sudah berkumpul di atas ... sebab tu kepala pening yg teramat.

Selepas makan ubat dan antibiotik ... aku tidur hingga ke petang ... alhamdulillah ... badan terasa semakin segar dan sakit kepala agak berkurangan. Walau masih selsema dan sedikit demam, tetapi lebih baik dari sebelumnya. Harap esok tiada halangan utkku kembali ke kelas. Sehabis daya aku cuba mengekalkan kehadiran 100%, tapi kali ini aku terpaksa beralah lantaran keuzuran badan yang tidak dapat dielakkan.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Selamat Hari Guru buat semua yg bergelar guru/cikgu/ustaz/ustazah ...semoga terus tabah mendidik dan menyampaikan ilmu buat anak bangsa walau apa pun rintangan yang menanti ...

Buat suami tersayang ... teruskan perjuanganmu mendidik anak bangsa tanpa jemu & aku bangga menjadi isterimu ... selamanya. Insyaallah, tahun depan kita akan sama2 menongkah arus dunia pendidikan yang semakin mencabar ini. Doakan kejayaan isterimu ini.

Sajak nukilan Usman Awang buat semua yg bergelar guru@pendidik

Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Friday, May 15, 2009

Laporan Kejohanan Bola Keranjang 2009




Kejohanan Bola Keranjang Antara Ahli – KPLI 2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2009. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah sebagai pendedahan kepada bakal guru mengenai penganjuran sesuatu kejohanan serta dapat membentuk guru pelatih yang aktif, sihat dan cergas sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Keseluruhannya kejohanan ini berjaya dianjurkan tanpa sebarang masalah dan kemalangan. Pasukan yang bertanding juga memberikan kerjasama bagi melancarkan penganjuran kejohanan ini. Tiada sebarang rungutan dan sungutan sama ada daripada peserta, pegawai kejohanan mahupun pensyarah pembimbing sepanjang kejohanan ini. Selain itu, sejumlah 34 gol telah berjaya dijaringkan. Ini satu pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Pihak pengelola berharap agar matlamat utama pertandingan telah dapat dicapai dan dapat memupuk semangat kesukanan antara guru pelatih. Selain dari meningkatkan stamina, melahirkan pemain yang berbakat adalah diharapkan agar pertandingan ini menjadi panduan dan pendedahan kepada guru pelatih mengenai penganjuran sesuatu kejohanan apabila berada di sekolah nanti. Semangat kerjasama antara guru pelatih juga dapat disemai dan dapat mengeratkan silaturrahim.

Wednesday, May 13, 2009

Dosa Berkuku Panjang

info : http://www.pmn.gov.my/terengganu/TAZKIRAH

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Tuesday, May 12, 2009

Macam nak demam!

Hari ni rasa tak sedap badan. Semua badanku sakit2 ... Rasanya dah lama sangat tak demam. Hubby cakap may be sebab kepenatan, tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Habis kelas kul 6 lebih ... terus bergegas balik. Tak sabar rasanya nak baring dan merebahkan diri ke tilam.

Ikmal masih demam ... tapi hari ni dah mahu ke sekolah. Sebelum ni 2 hari tak datang sekolah ... hari Jumaat dan Isnin ... sorang makcik tu bagitau yg Ikmal demam sebab badan dia sakit2 kena tolak dengan kawan di sekolah. Memang dia ada tunjukkan tangannya yg sakit sebab kawan tolak.

Kebetulan Ahad tu bawa Ikmal ke klinik gigi untuk cabut 2 gigi susu ... gigi baru dah tumbuh berlapis ... Jauh perjalanan kitaorg .. dri Tg Malim ke Rawang. Sebabnya klinik gigi di Tg Malim tak ada yg buka hari Ahad.

Doktor bekalkan ubat untuk Ikmal ... takut demam. Tapi Ikmal memang dah demam sebelum cabut gigi lagi. Gigi susu Ikmal masih kuat ... doktor terpaksa bagi suntikan. Aku lak yg gerun tgk jarum suntik yg besar. Dapat temankan masa doktor bagi suntikan jer ... kmdn keluar ke depn untuk pendaftaran ... sembang2 dengan pekerja kat situ ... bila aku jenguk satu gigi Ikmal dah dicabut. Yg lagi satu tu doktor kena gunakan alat cam spanar ... apapun ... aku bangga dengan Ikmal sebab dia langsung tak tunjukkan muka takut ... steady jer ...

Lepas ni niat hati nak cari bahan untuk PBL ( pembelajaran berasaskan projek)... tapi rasa tak larat sangat.

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Semalam sambutan utk ibu2 seluruh dunia. Dedikasi yg teristimewa pastinya buat bonda tersayang Habshah Kadri ... yg sentiasa disisi di waktu senang dan susahku ... terlalu banyak pengorbanannya buat anak yg sorg ni ... dengan kehidupan yg kais pagi mkn pagi ... kais ptg mkn petang ... bukan mudah buat bonda membesarkan kami 12 beradik ... yg sentiasa bersabar dengan karenah anak yg pelbagai, dan macam2 lagi dugaan yg ditempuh.

Pilu hati kalau berbicara tentang ibu ... tapi ketahuilah mak ... betapa kami amat menyayangimu ... tak terluah kata2 betapa kami amat mengasihimu seluruh jiwa dan raga ...

Tak lupa dedikasi ini buat bonda mertua ... Junaidah Sabri yg sudi menerima menantunya ini seadanya ... buat kakak2 ku yg kukasihi & semua kaum2 ibu... selamat hari ibu ...

Tuesday, May 5, 2009

Lagi dan Lagi!

Rasanya dah lama sangat tak up-dated ... banyak citer ... tapi tak de masa nak menulis. Pagi ada 2 exam ... masa tiga hari waktu cuti ... langsung tak sempat study. Sibuk mengemas di kampung. Majlis kawin adik tak sampai sebulan lagi ... aku dan hubby merajinkan diri mengecat bilik dan keliling rumah ... Langsung tak usik buku ... so aku jawab ikut gerak hati jer la.

Tadi ketua kelas buat pengumuman ... namaku naik utk program khidmat masyarakat/anak angkat di Tanjung Piai Johor. Dlm satu kelas, wakil 4 org yg terpilih. Rasa teruja, tapi dlm masa yg sama rasa tak larat sangat nak ikuti aktiviti luar. Apatah lagi ia melibatkan hari Khamis hingga Ahad. Mesti Ikmal ternanti2 kepulanganku setiap Sabtu.

Ikmal nampak kurus sangat sekarang ni. MIL cakap dia tak nak makan nasi ... entahlah ... tapi kalau ada mamanya ... pagi, tghari, malam memang makan nasi ... berselera jer makan.

Esok petang terlibat dengan aktiviti merentas desa ... entah larat entah tidak. Masalahnya kat IPGMKBM ni bukan merentas desa ... tapi merentas tangga ...